LiFe.LaUGh.LoVe

 



Gratisan Musik

Saturday, October 22, 2011

^_^

assalamualaikum..
erm, lme btol mnyepi at blog nih. mana tak nya. laptop dah rosak..so, kena la pinjam laptop kakak2 umh ni.
pinjam kejap2 je. kehidupan aku kini memang ada sedikit perubahan. biasa la,manusia mesti nak berubah dari xbaik mnjadi baek... dari baek akan ke jauh lebih baik. insyaALLAH...

aku ada lagi 2 bulan je kat shah alam nih. tak lama lagi aku akan bawa diri ke dunia lain pulak.. dunia pekerjaan dah lalui, belajar pun pernah lalui.. haaa... perkahwinan ke? hahahha.. giler btOl? ada ke orang nak...? haha... tak kesah laaa... ermm..mknenya, step lepas ni aku tak pasti...

sama ada nak bekerja ke..nak belajar. erm.. tengok la rezeki kat mane, situla aku tuju.. kalau kerja..wahhh! best ...macam2 aku nak beli. hahhaa.. belajr pulak..erm... bes jugak dapat improve an lagi ilmu2 di dada. ermm...tak apa la, moga2 Allah bagi aku petunjuk.... :)

dan aku harap, dunia aku lepas nih jauh lebih baek dengan FAMLY... amin.......

Monday, August 22, 2011

Melabur ASB, untuk masa depan^_^

Assalamualaikum.. salam ramadhan ya sahabat.
^_^haa.. agak lama blog aku sunyi dengan celotehan aku. Yang ada hanya lagu. hihi:D aduh.. raya makin hampir, masa ni la bajet aku lari.. err..nak dikejar memang tak dapat lah kan. lari bukan sebab apa, aku dah banyak bulan aku skip nak masukkan duit kat buku ASB. memang kne kejar balik.

Almaklumlaaa.. hidup kena berdikari, s0, kena la ada pelaburan kecil2lan walaupun sedikit sumbangannya. haha. bak kata orang, biar sedikit, lama2 jadi bukit. s0 kena la rajin menyimpan. Aku kadang2 was2 jugak pasal ASB nih, tapi setelah aku dapat nasihat dari ustaz, aku terus pergi buat buku ASB. Ustaz aku cakap, tak haram. Jadi, memang tak pikir panjang la.

Sekarang isu tu dah naik balik. Aku tanya rakan2 sepejabat katanya HARAM pulak. aduh.. terkehel dan terbantut aku dibuatnya. Dan aku cari la sumber2 ilmu dari internet. salah satunya aku petik dari artikel :: http://dakwah.org/blog/?p=137 ::    


Hukum Amanah Saham melalui keputusan Fatwa Negeri mengenai pelaburan ASB ini :
Fatwa Negeri yang memutuskan ianya adalah HARUS :
1) Keputusan Fatwa Negeri Sarawak : Harus
2) Keputusan Fatwa Negeri Perak : Harus dan keuntungannya halal
Fatwa Negeri yang memutuskan ianya adalah HARAM :
1) Keputusan Fatwa Negeri Selangor : Haram
Manakala, keputusan Fatwa Negeri Terengganu telah memutuskan jawapan yang kurang pasti. Dalam erti kata lain, sebarang pelaburan yang menyalahi hukum syarak maka hukumnya adalah haram.
Sampai ke hari ini saya/kita masih menunggu keputusan dan jawapan dari Mufti Kebangsaan mengenai hukum pelaburan di ASB ini. Kelemahan yang paling nyata di dalam pengurusan pelaburan ASB ini (yang dikendalikan oleh pihak PNB) adalah apabila tiadanya ahli majlis penasihat syariah suruhanjaya sekuriti yang mengkhususkan (memantau dan memastikan) pelaburan tersebut dilaburkan ke kaunter yang mengikut hukum syarak dan halal. Rujuk semula prospektus dan lihat di manakah ianya telah dilaburkan.
RASULULLAH S.A.W telah bersabda: “Sesungguhnya yang halal itu jelas, dan sesungguhnya yang haram itu jelas. Dan di antara keduanya adalah (perkara-perkara) yang syubhat (serupa, samar, tidak jelas), yang kebanyakan (umumnya) orang tidak (dapat) mengetahuinya. Maka barangsiapa yang takut (menjaga diri, berhati-hati) dari perkara yang syubhat itu, maka dia telah menjaga (membebaskan, membersihkan) agama dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang terjerumus kepada yang syubhat, maka dia terjerumus kepada yang haram. Seperti seorang penggembala yang menggembala di sekitar tempat yang terlarang, hampir saja dia akan masuk ke dalamnya. Ingatlah bahawa setiap raja/penguasa mempunyai batas/larangan.Ingatlah bahawa batas/larangan Allah itu adalah perkara-perkara yang diharamkannya. Ingatlah bahwa sesungguhnya di dalam jasad (tubuh seseorang) itu adan segumpal daging, ia baik maka akan baiklah jasad itu seluruhnya. Dan apabila ia rosak, maka rosaklah jasad itu seluruhnya. Ingatlah ia itu adalah hati.”
[Sahih Muslim: III: 1219-1220; Kitab Al Musaqat]
Astaghafirullahal azim..begitu rumit dunia dizaman sekarang, perkara yang HARAM , di HALALkan. Moga aku dilindungi dan diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t dari terjerumus perkara yang melanggar syarak. InsyaALLAH. Dengan itu, aku haruslah segera menukar/pindah ke buku akaun yang lain dan pasti HALAL. :) 
renung2kan...^_^



Sunday, July 31, 2011

3h2m bersama keluarga sebelum puasa

salam...
alamak... terasa sekejap je, balik rawang, jenguk famili tercinta. jumaat-ahad. hmm... aku pasti rindukan mereka. walaupun aku tak dapat berpuasa bersama-sama famili tahun nih ,dalam sejarah aku. huhu~ almaklumlah merantau, nak selalu balik pun, kos.. bukan berkira, tapi abah dah pesan, jangan la boros2 belanja..beli apa yang perlu je. kalau tak ada duit, balik laen kali, bila ada duit. hmm.. thanks abah, memahami keadaan adik. ^_^
kalau tak ada abah, mesti adik dah boros dan belanja tak fikir panjang. thanks, atas nasihat2 itu. ;D

petang nih, lepas zohor aku dah nak pergi rumah sewa kat shah alam. dan puasa pertama akan berada di shah alam. ouhh~ tak pernah rasa puasa tanpe keluarga.mcam mana la agaknya aku kawal emosi, nafsu dan kewangan agaknya. yeah! inilah masanya untuk mempelajarinya. huhu! GOOD LUCK AESYA! heee;D

nak melangkah pergi pun, rasa tak mau keluar dari rumah nih, walaupun kitorang bukan dari golongan orang senang, RUMAHKU ADALAH TETAP SYURGAKU... aku akan balik bila ,aku ada bajet. [lerr... mcm la umh jauh sgt kn...dlm selangor jgk!] itu kate KO! heee:D macam2 lagi yang aku nak uruskan seh... tak tahu pape, jangan cakap banyak. hikhik [poyo nye...] tak ada..skekurang2nya, aku bagi korang paham cam mana keadaan aku. ^_____^!! sebab, ada yang kata kat aku, "ala...k0 memang tak nak balik kan, k0 tak payah la buat alasan." erkk! hampanyaaaa perasaan. dia tak ada kat tempat aku, dan baru kenal, campai hati cakap cam tuh. hmm..~ tak  apa lah, 1day dia akan kenal siapa aku, dan keluarga aku.

opss..! luahan persaan dah KELAUT dh nih. hahaha... ok lah. setakat ni sahaja yopp! daaa..
wassalam...

selamat menyambut bulan ramadhan dengan keikhlasan dan, kumpullah sebanyak mungkin pahala untuk jaminan di akhirat. insyaALLAH.. Allah tak akan pernah mungkir janji...kecuali kita yang mensia2kannya.. :) renungg2kan dan selamat beramal...  huhu... nasihat untuk semua dan diri saya sendiri...

Saturday, July 23, 2011

RM25

assalamualaikum.

tinggal lagi seminggu lebih semua umat islam akan berpuasa. Dalam poket aku ade RM25 jer, nak tahan campai 8.august. Alamak.. cukup ke? macam mana ni. haha! tu la, aku boros sangat. sekarang terkapai2 sudah. Nak tak nak, aku kena cuba pertahankan. haha! aku nak makan apa ye, dengan duit sebnyk tu? erm.. makan biskut kering jew la jawabnya. padan muka! :D kalau abah tahu, mesti KATA2 NASIHAT akan di uatarakan kepada anaknya yang tak geti2 nak berjimat nih. hehe. MAAP ABAH!heee:D  Kenapa aku kena tahan sampai 8august ek? erm.. Gaji aku masuk lambat daaaa.. itu yang aku kena tahan tu. OK! RM25 ! aku cuba ! hahahaha

Saturday, July 16, 2011

Welcome SHAH ALAM! ^_^

salam, all.
^_^ apa cerita untuk kali ni. erm, aku dah pun pindah ''rumah" sementara aku bekerja sampai bulan 12 nanti. Hidup aku kat shah alam ni, ok la. cume merangkak2 lagi nak setting bajet untuk makan, sewa, segala hutang, dan macam2 lagi. ALAMAK.. kali ni aku memang kena bajet, supaya bajet tak lari, dan aku terkapai2 akhir2 bulan..macam sekarang! ayyaakkk~! hahaha

^_< aku pergi kerja naik motor. erm, faktor utama aku pindah shah alam, aku CUAK jugak nak keluar rumah pagi2... pukul 5 pagi, dh keluar umah, untuk pergi kerja. pastu, letak motor kat stesen KTM RAWANG, then ambk tren g Sungai Buloh. tiba Sunga Buloh aku kena solat subuh kat situ sementara nak tunggu kawan untuk ke  ofis. ermmm... penat.....~ hari2 macam tu. if r0bot pn ley "condem"nya.. haha. mana tak nya, balik rumah, sampai dalam pukul 8mlm.

tak sempat nak rehat sepenuhnya, dah kena bangun pergi kerja? Ya Allah, keletihan. dari situ aku cuba ikhtiar lain. erm.. aku cari bilik sewa. Bila aku kira2 balik bajetnya, OH! lebih beberapa ringgit je? haa.. keptusan aku, lebey baik duduk shah alam. kelebihanna, tak la aku terkejar2 masa.

+^_^+ insyaAllah, aku akan biasakan diri duduk jauh dengan family hanya untuk beberapa bulan. BERDIKARI! yeahh! itu sepatutnya aku cuba dari dulu. huhu.  Sekarang tengah tunggu gaji! huhu... lambatnyaaaaaaa... ngeh3! baru kerja dah nak gaji?! ;D

owkeh, setakat ni sahaja coretan malas aku kali nih. daaaa..~  ^_____^

Friday, July 1, 2011



salam
Aduh, penatnya Ya ALLAH. bukan penat BEKERJA. penat meROUND ALAM SNTREL. ye la, kan masuk pukul 2.45. memang sakan la bejalan. haha! lagi pun aku penat sebab bawak motor lagi, dengan sakitnya lagi, dengan tak tidurnya lagi. haha

kakak yg tumpangkn sye! thx kak!
BERKENALAN!
tak tidur sebab EXCITED nak pergi kerja pun ye. Layan kawan calling pun ye juga. haha! last2, ending pukul 4.00. memang aku terus pergi mandi dan bersiap2 la. aku gerak pukul 5.30. sebab, Kakak yang satu tempat kerja aku tunggu kat sungai buluh. s0, kitaorang pergi sama2 la.

hmm..~ masa di bahagi2kan ke department masing2, aku jadi takut. taku staff tak mesra alam. haha! last2, department kit0wg staff yang paling, BEST!!!! ^_^ sy0ok.! ade space yang dah macam MINI MARKET! huhuhu! indahnyaaa tempat kerja macam tu ek. erm, tak tahu la kalau awal2 je best, belakang2 jadi tak best. haha! arap2 tak la jadi macam tu. 

kakak yang tmpangkan sy balik
aku pergi kerja tumpang orang, balik kerja pun tumpang orang. Aduh, macam menyusahkan orang lain dah tu kan. hm.. apa2 pun jasa kakak2 tu, akan ku kenang. huhu! haa.. masa agihan department tu, aku dgn 2 orang lagi sapat sama dengan aku. bahagkian AUDIT MEJA SG. Tak tahu la macam mana cerita kerjanya nanti, sebab, tadi ketua kitorang tak datang. hmm~ 

kami gelak SAME2!hehe
jadi, kerja aku dan kawan2 masa kat office, susun2 document letak dalam file. haa... itu je la kerja kami, sampai petang tadi. haha! sikit pun tak penat. cume, PENAT GELAK! hahaha~ duduk bersembang2 sambil buat kerja. pastu , gelak. erm3.... APA PUN TAK BOLEH! haha.










AUDIT MEJA SG!





PERKENALAN!






K LAH, SATAKAT  NI JE... bubye.. salam.

Thursday, June 30, 2011

artikel "18hari lagi" ke 6 bulan lagi



salam...........


Apa yang aku rancang telah pun berubah. Ye, Allah Maha Mengetahui dan Allah yang akan tentukan. Dan, itu adalah yang terbaik. Kenapa 18hari pinda ke 6 bulan lagi?

kesahnya, 18 hari lagi tu, untuk aku daftar sebagai pelajar di sebuah universiti swasta. Namun, Allah telah takdirkan aku untuk tunda sampai tahun depan.


haha! nonsense je!!
Aku tak bersedih. KENAPA? alhamdulillah, aku dapat kerja. THATS MY 1ST JOB! Ya Allah, INDAHNYA TAKDIRMU. Aku bersyukur. Sepertinya, MATA DUITAN pula kan? TUNDA BELAJAR, semata-mata nak bekerja. erm, aku tak akan buat sedemikian kalau itu bukan kerja kerajaan.

BERSYUKURNYA aku tidak terkata! pengalaman bekerja disekt0r kerajaan di SHAH ALAM. walaupun SEPARA MASA, itu cukup untuk kumpul dan dapatkan pengalaman!huhu.!  lagi, MUKA AKU yang TAK PERNAH BEKERJA. ^_^

Es0k bermulalah sesi pekerjaan aku. aku harap, aku dapat buat kerja dengan sempurna dan tanpa mendatangkan MASALAH YANG BESAR.aminnn... hehe!

ok lah, es0k aku cerita macam mana pengalaman aku untuk kali pertama bekerja. ^_^
selamat MEMBACA! wassalam.......

"YA ALLAH, MUDAHKANLAH URUSAN KU,YA ALLAH"aminn....~

Wednesday, June 29, 2011

Terfikir dan Berfikir




Salam.

Aku Terfikir dan tiba2 berfikir. haha. Kawan aku, seorang pelajar yang pandai. Belajar bidang sains, dapat anugerah DEKAN lagi. Ya Allah, bijaknya dia. Aku tengok dan baca blog dia, Ya Allah, kenapa aku cemburu dan iri hati! Kerana, aku hanya insan biasa [hehe!] dan aku rasa aku bukan seperti dia. Pandai dalam pelajaran, pandai menjaga imannya, pandai menjaga akhlaknya dan auratnya. Subhanallah. Indahnya ciptaanMU.

Aku tertarik dan terlalu BERMINAT+TERUJA+TERiri hati tentang pencapaian dia. URHH! iri hati pulak.

RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: “Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain”.

(Riwayat Hadith al-Bukhari) Huraian

1. Islam melarang umatnya berperasaan hasad dengki dan iri hati melainkan kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebaikan Sahaja.

2. Islam tidak membenarkan orang yang mengeluarkan hukum tanpa terlebih dahulu merujuk kepada al-Quran dan Hadith, sebaliknya melayani tekanan hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri semata-mata.

3. Islam melarang umatnya berperasaan cemburu buta dan iri hati terhadap sesama manusia melainkan didalam dua perkara:

i) Merasa iri hati terhadap orang yang beramal dengan ilmu yang dipelajarinya serta mengajarkannya pula kepada orang lain.

ii) Orang yang dikurniakan harta dan membelanjakan hartanya itu dijalan yang diredhai oleh Allah.



JADI, maksudnya, aku bukan la iri hati sampai aku nak memudaratkan pencapaian dia. Apa yang aku iri hati sangat tentang dia, BAGAIMANA CARA DIA BELAJAR? BAGAIMANA DIA MENGATUR MASA? BAGAIMANA CARA DIA MENGULANG KAJI, BAGAIMANA CARA DIA MEMBUAT NOTA?. Jika dia boleh, KENAPA aku tak boleh. haa..Ya ALLAH, BANYAKnye SOALAN berbanding JAWAPAN. [hehe!tak kesah la, janji akan terjawab nanti]. 


Andainya aku berada ditempatnya, begitu indah duniaku. huhu. Apa2 pun, aku akan cuba menjadikannya sebgai CONTOH untuk aku, atas pencapaian yang TERBAEK! dia. 


TO HER: TAHNIAH dengan kecemerlangan KAMU! pastikan , kamu sebegitu selamanya di dunia dan akhirat! insyaALLAH. salam dan doa untuk kamu, sebagai IDOLA saya! ^_^

Lesen OH Lesen

salam.

    
Hari tu cakap sikit je kan pasal lesen nih. haha, hari ni aku story full munyaaaaa... hakhakhak. almaklumlah, EXCITED dapat lesen. baru balik ambik lesen nih ha, terus update kat sini. cehh~ beria betul! ^_^ haha. apa2 pun aku happy sangat. Lepas nih, dah boleh SEWA kereta nak pergi jalan2. haha. SEWA je la mampu.. nak BELI sendiri tak cukup duit lagi. hahaha.. tak pa, tak pa,tak pa.. tunggu, orang kata, plan2 kayuh. ^_^

Mulanya, aku terkejut jugak aku lulus, Alhamdulillah rezeki aku masa tu dan dengan izin Allah, aku lulus. haha. ha, masa aku nak pergi ambik aku punya lesen tadi, bawak laju lah jugak, 90/km.[bg aku dah laju dah tu. haha] ada PAK POLISI! aduh... mampooooss aku. semakin hampir aku kat pak polisi tu, aku ingatkan dia tak nak suruh aku berhenti, aku buat tak tahu je la. haha! last2, dia angkat tangan, suruh aku berhenti kat tepi. ADOI! habes la aku. tapi, aku memang suka kena tahan dengan polis. sukaaa sangat! heeee. knapa? sebab, AKU TAK BUAT SALAH laaaa... hahaha.

Tak kan dia nak saman aku, kalau aku tak buat salah....? kan~ bila aku fikir2kan balik. sepanjang aku ada lesen L dan P nih, baru 2x polis tahan aku. sebelum2 ni, tak ada pun. kalau masa aku tak ada lesen, BANYAK pula ROADBLOCK! cettt~ macam2. tapi, tak kesah la, janji lepas ni aku pengguna jalan raya yang HALAL! haha~ aku dah kurang ada persaan nak naek motor. at0oii~ masa dapat L , gila! semangat. haha.


Sekarang aku ADDICTED TO DRIVING A CAR!!! SAPA2 YANG NAK GUNA PEMANDU PERIBADI, SILA CONTACT SAYA. hahahaha... kalau la aku boleh iklankan. MMG GMPAK! haha!! arghhh~ nk kidnap kereta sapa la aku nak drive ni. haha. tapi kan, kalau aku nak bawak kereta nak pergi jalan2 pada hari yang SESAK dgn ORANG, lagi2 WEEKEND! aku tak boleh sorang2. sebab........!TAK RETI PARKING LAGIIII.... haahhahahaha!!!!! peaacceee yeO!

HAA.... APAKAH KEJADAHNYA NIH?... >>>>
nih la kertas yang aku bayar sampai seribu lebih, semata2. ^_^ teng0k berapa banyak L aku asyik renew saje. sta0n aku tunda. haha. mana tak banyak kan. aku tunda sebab nak habiskan belajar. tak ada la aku serabut nanti. haa.. nih la hasilnya. teruk juga keputusannya. HAHA! 16/20. memang ATAS PAGAR! ngeeee~! tak apalah, asalkan lulus. hee..




owkeh lah satakat ni je ... bubyeee..wssalam....!!!

Tuesday, June 28, 2011

18 Hari Lagi

28JUNE2011 12.36 p.m



sekarang life still lagi menganggur. hampir 5bulan aku menganggur. OH! bosannya pengnangguran ni. asyik2 duduk rumah, online, makan minum, solat dan tidur bila dah malam. macam tu la rutin harian aku. ade diploma punsusah nak dapat kerja. s0, aku buat keputusan untuk sambung belajar.

17JULY2011 nanti aku akan pergi ke kampus yang baru dan suasana yang baru. suasana belajar akan bermula. wahh, macam seronok, tapi macam takut pun ada. mana tak nya, aku takut nanti aku sorang jer yang 'blur2' , yang lain bijak2.. aduhh..~ dah la course yang lecturer aku kata SUSAH! ermm, tak apa la, sekarang tak ada apa yang mudah dan senang selain duduk rumah, tunggu orang datang minang. hehe.

bermula dari sekrang, ada lagi 18hari lagi aku bakal masuk belajar dan akan SIBUK dengan ASSIGNMENT dan macam2 lagi. kawan aku kata, memang aku akan rasa perbezaanya life kolej ngn universitas. opss.. universiti. mudah2an, aku selesa dan aku tak janggal nanti.  HOPE THAT!

nanti aku bukan lagi boleh belajar macam nak ambik PMR, SPM, DIPLOMA. sekarang aku kena maju dan lebih bersemangat untuk belajar. tak ada main2 lagi. sebarang masalah, aku kena hadapi secara 'profesionale' huhu!

owkeh, sampai sini je coretan aku. nanti aku akan update bila aku masuk belajar nanti.
wassalamualaikum w.b.t.... ^_^

SELAMAT MAJU JAYA KAWAN2!!!

Monday, June 27, 2011

opss..~ apa yang harus aku ucap? huhu

Alhamdulillah.....

persoalan aku kini dah pun terjawab. haha~ terasa happy pun ada... terasa sedih tuh, normal la k0t. huhu. apa yang aku dapat share kan, lepas ni aku akan lupakan segalanya. dulu asyik tertanya2. kini, dah tiada keraguan. akhirnya, dia dah dapat pengganti. apa2 pun... aku doakan dia bahagia, dan itu bahagian dia dan kebahagiaan dia. "tahniah awk.. :) "

aku happy sebab sekurang2nya target aku, memang tidak menyasar dan TEPAT sekali. Alhamdulillah, aku diberikan petunjuk ,akhirnya aku tahu apa hikmah yang berlaku dan sekarang aku berada dilandasan yang betul. semoga aku tidak terpesong lagi di lain hari. hanya padaMU aku berlindung. :) kini, aku lebih tenang dari sebelum ni. -syukur-

untuk dia, "saya doakan awak berbahagia didunia dan diahkirat.. InsayaALLAH.. saya tak akan pernah anggap awak musuh saya, walau macam mana sekalipun" peace yea~

Sunday, June 26, 2011

21 tAHun..

Assalamualaikum...
fuhh.... lama juga aku tak update blog aku. erm, tiba2 terasa kemalasan untuk menaip. sekarang ape yang terbaru dalam life aku. LESEN. h0ho.... lesen kereta dan motor. haa.. dah setahun lebih juga la aku pegang leen L.. sekarang aku dah ada lesen P untuk kedua2nya. Alhamdulillah. itu pun, macam2 hal. beribu duit aku melayang semata2 nak kan huruf P. errr... tak apa, tak apa. hanya untuk seumur hidup lah katakan. lepas ni tak ada la sibuk2 nak buat lesen la apa la.

macam2 cerita masa aku belajar kereta. haha memang kelakar. yang paling BEST! masa JPJ TEST. fuhh..~ nikmat. aku rasa, sebenarnya aku fail jpj test tu. disebabkan aku berbual mesra dengan ABANG JPJ tu, dia pun bagi markah kesian, yang membuatkan aku LULUS = 16/20. perghh... memang atas pagarlah orang kata. tahap hampiri bahaya. haha. apa2 pun.. syukur, aku dah pun lulus. TRIMA KASIH ABG JPJ.. hehe...

yang paling SERONOK lah, ada ke patut, es0k aku nak jpj test, hari ni ada panggilan dari LHDN suruh pergi interview. haaa..~ aku mula2 dah tolak dah. tapi, kakak aku cakap jangan tolak. aku teima la untuk pergi interview. erk! dah la aku tak pernah2 kena interview. kesahnya, inilah kali pertama aku pergi. ADUH!! aku dah la serabut nak ingat jalan2 A ke jalan B ke, naik bukit la, 3 penjuru la. PLUS pula dengan profil tentang LHDN. memang serabut kepala masa tu. sebab tu, aku boleh kata, aku GAGAL. tapi, alhamdulillah... aku BERJAYA (walaupun tak membanggakan) haha~ syukur2... ​(¯―¯Ù¥)

s0, matlamat aku umur 21tahun aku ada segalaaaaa lesen. erk! maksudnya? haa... aku nak ada lesen motor dan kereta masa umur aku 21tahun. YES! berjaya dah. aku mesti tamatkan diploma aku, umur 21tahun. YES! alhamdulillah pun da berjaya. aku ada SIJIL KURSUS KAWEN, alhamdulillah.. itulah kenangan yang tak akan mungkin dilupakan sampailah bila2 pun. apa pun, kesah yang dah berlalu, biarkan pergi secara aman. dan aku,  "hampir pulih" sepenuhnya.

Monday, March 28, 2011

[dream]

assalamualaikum..

apa sebenarnya ada dalam mimpi yer? suatu mainan tidur. begitulah bunyinya. aduh, ada juga yang bukan minan tidurkan. yela, kalau kita tidur, baca doa, apa semua kita dilindungi oleh malaikat. s0, mimpi yang muncul tu bukanlah minan tidur. erm, aku rasa aku dah lakukan  tu semua. sekarang aku tak tahu sama ada aku mimpi tu sama ada mainan tidur ataupun syaitan. huh? lecehnya. aku gelisah sungguh. sebab, aku harap apa yang aku mimpi yang kerap kali muncul dalam mimpi aku tu, jadi KENYATAAN! dan aku harap itu petunjuk untuk aku. Amin... [walaupun aku rasa agak mustahil, tapi siapa yang tahukan.]

kenapa ye aku cakap supaya jadi kenyataan? sebab, mimpi aku tu sungguh indah dan terlalu lalu indah untuk aku. bangun-bangun tidur je aku terus hampa. ingatkan betul-betul tadi,rupa-rupanya aku bermimpi. Ya Allah, mimpi tu buat aku terasa yakin. tapi kadang-kadang terasa sakit hati sebab BETUL KE AKAN JADI CAM TU. keliru. sakit kepala aku memikirkannya. aki banyakkan baca doa demi mengelakkan supaya aku bermimpi sedemikian, yang buat aku asyik terbuai mimpi-mimpi indah dan selalu buat aku BERANGAN!

Ya Allah, kalaulah mimpi itu jadi kenyataan. memang benarlah mimpi itu suatu petunjuk, namun kalau sebaliknya aku redha. TENGOK, betapa banyaknya 'KALAU' hanya kerana mimpi. parah dah ni. eh, aku tak cakap pun kan aku mimpi apa kan3. aku rasa tak perlulah aku cakap mimpi apa ek. nanti ada orang menyampah pulak. dan biarlah ia nya menjadi rahsia aku. haha. memang SWEET DREAM for ME! :D dah jadi kenyataan nanti aku KOMPEM! update at BLOG kesayangan ku ini.:)

last word dari aku, YA ALLAH jadikanlah MIMPI
ku itu jadi KENYATAAN. sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui.




LOVE MY DREAM!  ;D

Sunday, March 27, 2011

IBU/MAK/MAMA/MUMMY/BONDA dan sewaktu dengannya.

assalamualaikum...
tiba-tiba aku rasa nak cerita sesuatu yang paling serius dalam hidup aku. paling sensitif aku rasa. perkara yang semua orang dapat, dan aku tak pernah dapat. Seperti yang tertera di tajuk. yer, itulah dia anda dapat? :) terima kasih, tak perlulah bercerita pangajang lebar. ;D punca aku nak cerita ni sebab aku terbaca di atikel http://www.iluvislam.com/ . credit to ILUVISLAM. aku berul-betul tersentuh dengan artikelnya.

"Memang sukar untuk org lain percaya, tapi itulah yang berlaku, ibu saya memang seorang pembohong!
Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya.
Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan dan panduan anda semua.
Ambillah iktibar daripadanya dan hayatilah sebaiknya kerana itulah ibuku!
01.PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA - Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin.
Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan.
Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.
Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi mak cepat memujuk.
Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya untuk saya.
Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar.".
02.PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA - Ketika saya mulai besar, mak yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah.
Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.
Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.
Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.
Saya sedih melihat mak seperti itu.
Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan."
03.PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA - Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak.
Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur.
Saya melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk.
Saya berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi."
04.PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT - Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting.
Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu saya di luar dewan.
Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.
Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya.
Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.
Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk mak dan menyuruhnya minum.
Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus."
05.PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA - Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas adik saya baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga.
Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah.
Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak.
Anehnya, mak menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga.
Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka.
Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki."
06.PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM - Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua.
Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit, tetapi mak tidak mahu.
Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya.
Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut.
Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit."
07.PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH - Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara.
Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.
Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya, juga di luar negara.
Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara.
Pada pandangan saya, mak sudah puas bersusah payah untuk kami.
Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.
Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya.
Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang."
08.PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN - Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam saya menerima berita mak diserang penyakit kanser.
Mak mesti dibedah secepat mungkin. Saya menjenguk ibunda tercinta.
Saya melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan.
Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan.
Mak menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.
Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus.
Saya menatap wajah mak sambil berlinangan air mata.
Saya cium tangan mak, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya.
Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini.

Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit."
Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya.
Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata: MAK, SAYA SAYANGKAN MAK!
Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi mak lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga mak, sampailah saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Mak, maafkan saya. SAYA SAYANGKAN MAK...!!!"




so, apa yang korang baca, korang dapat tak impaknya. erm, bagi aku, terlalu mendalam dan meluluhkan haty aku dan mengalirkan air mata. seandainya aku dapat merasakan saat indah bersama ibuku....:( apa pun, aku harus kuat , walaupun[ cemburu ]dihati dengan sesiapa yang mempunyai ibu. perasaanku, begitu tersentuh. inilah kali pertamanya aku bercerita secara umum dan diketahui orang luar. selalunya, ini hanyalah apa yang terbuku dalam hati aku. now, walau apa pun keadaan ibu ku, dia tetap ibu ku sampai syurga. :..(