LiFe.LaUGh.LoVe

 



Gratisan Musik

Tuesday, October 20, 2015

Discaj 29/10/15


alhamdulillah, dah dapat discaj dan kameel tak ada pape penyakit berjangkit yang serius.  penat nya ya rabb... yela, penat jaga tidur pun merekot atas katil hospital tu. ni aku pula rasa nak demam.

penat ke hulu ke hilir. yela, nak discaj kena turun (nasib tggal baby kat wad) pergi bayar dan naik balik semula tingkat 7d bawa resit. dah ambil resit dukong la si kameel dengan beg galas belakang, ambil ubat. selesai ambil ubat pergi kat parking kereta. lereta pulak kena blok! adoiii.. dah la jauh nak ke tempat parking. masuk balik dalam hospital terkedek2 dukong anak, cari guard kat dalam suruh tolak kereta blok tu.

fuhh.. selamat.. dah boleh drive balik. erm.. bila dah biasa berdikari orang tahu kita boleh berdikari, memang macam ni la. lebih baik jadi isteri tak tahu pape, mesti jadi permaisuri. haha.  (aisya ko jangan nak berangan) haha. tu orang kata, bila suka,gembira,seronok sama2, bila kau susah, pandai2 la kau nak hidup aisyah oiiii... haha. sedey.

pape pun, aku kuat untuk anak2. anak2 ku.. ummi sanggup buat apa sahaja,berkorban apa sahaja untukmu. ummi tak mengharap apa2..ummi cume berharap anak2 ummi jadilah insan yang berakhlak yang berjaya dunia akhirat. insyaAllah.. andai ummi tak ada suatu hari nanti belajarlah hidup berdikari jangan terlalu mengharap dekat orang lain dan ummi sentiasa mendoakan ank2 ummi.. love u


son, muhammad ehsan fitri dan kameel syakirin. jadilah indah seindah namamu. amin...


Sunday, October 18, 2015

kameel warded

assalamualaikum w.b.t..

minggu lepas si abang yang demam dan kena masuk wad. kuman dalam paru-paru. ye lah, abang dah selalu masuk wad sebab batuk yang berpanjangan. dokter kata kuman dalam paru-paru. erm, mungkin tak serius. tapi,bila aku fikir fikirkan, bunyi macam serius dan bahaya. ibu mana tak fikir bukan bukan kalau anak sakit. hm... ntah la. sakit tu boleh sembuh ke? hm.. suami kawan tempat kerja aku meninggal sebab kuman dalam paru2. anak linda rafar pun meninggal sebab kuman  dalam paru paru. ya Allah.. semoga ehsan anakku tidak mengalami sakit serius.

itu cerita abang. kali ni adik pula yang warded dari 15/10/15 sekarang 17/10/15  masih belum boleh discaj. kameel warded sebab demam seminggu tak kebah. dah demam,batuk,selsema..memang meragam malam la jawabnya. so, decide bawa pergi klinik kesihatan (kk) untuk kali ke 3. dokter cek ,bagi surat refer ke hospital. dengan tidak melengahkan masa, dah la lapar tak breakfast pagi,sebab aku jenis cepat panik ,yela, dah panasss sangat suhunye..38.6..jadi dah tak hiraukan diri sendiri.anak atau keluarga lebih penting. dah dapat surat refer aku terus balik ambk pampes takut kameel si adk berak2 dan bergegas ke hospital berdua dengan kameel sambil napkin basah atas kepala.

panas tengah hari yang membuatkan aku lebih cepat lapar sebab breastfeeding. ayooo..lapar tahap gaban. aku mesej la suami suruh datang waktu lunch ,jaga adik sekejap bagi ruang untuk aku makan. hm.. dia bz di tempat kerja katanya tak boleh databg. ok ,tak apa lah. tapi,yang mendatangkan gunung berapi volcano meletup bila mesejnya "kenapa tak makan dulu sebelum pergi" hohoii.. pansd pulak hati aku ni. memang betul la apa dia cakap, tapi........ agak2 dengan suhu 40.1 ibu mana yang boleh makan2 dulu dengan tenang eh. . kalau kau ibu boleh begitu tanpa fikir takut anak sawan, kau mmg hebat. aku tak!

so, doc kata kameel kena tahan wad ye. sebab kurang air dan panas terlalu tinggi. 2malam juga di hospital suhu masih tinggi dan cirit birit. dah admit, apa lagi.. sesi doc interview aku lah .. macam2 ditanya. kebetulan .....atuknya baru balik dari mekkah.. batuk demam selsema. ha! isu virus merscovV. memang docter suspect la. kena tukar wad kuarentin.

adoiiii.. kebosanan sungguh. mana tidaknya berdua je dalam wad ni. tak ada sesiapa boleh masuk melawat kecuali ibu bapa sahaja. nah. . mampus aku tak boring, tak sedih.  tak ada sesiapa pun datang melawat. huwaaaaaaaa.. termasuk bapaknye. sabar je la adik. . bapak awak tu sibuk dengan politik.. bhinpun kat kelantan tu. aishh... biarkanlah.. awak kan demam biasa je. tak perlu risaukan pun. . patutlah melahirkan dan menyusukan Allah pilih wanita yang menjadi ibu. . so,redha je la tak ada sesiapa datang tengok.

sekarang tengah tunggu doc datang cek dan nak tahu status kameel macam mana. boleh discaj ke tidak. hm.. ujian... rasa down, rasa tak semangat, rasa kecewa.

beruntunglah,bersyukurlah sesiapa mempunyai kebahagiaan dalam hidupnya.. mempunyai orang mampu susah senang bersama. ingat, bersyukurlah.  :))

"menangis dalam senyuman itu tanda aku ingin ketenangan"






Thursday, October 1, 2015

2nd baby dan surirumah

assalamualaikum... 

ya AlÅ‚ah lamanya tak buka blog ni.. last post hari tu "to be continue.." hahaha..xde masa langsung nak buka. sehingga mungkin ada orang yang rajin buka blog aku ni untuk baca. ni yang baru ada masa nak buka. ini pun ngelat2 sikit... sebab tengah jaga anak. haa.. cabaran anak 2. 
aku 
aduii... kepenatannya yang ada anak 2 je lah yang tahu. rupanya kalau berkerja tak ada la rasa penat jadi fully housewife. dah jadi housewife ni serba serbi tak kena. hmm... tak terkejar. lagi lagi menumpang rumah mertua.

anak kedua ni pula jenis suka menangis. nak kena hadap muka ummi je depan dia sentiasa. susahnya nak buat kerja. nak kena tunggu afik tidur baru boleh buat kerja, masak, basuh baju, sisai kain, mop lantai, sapu sampah, buang sampah , layan anak sulung... hurmmm.... ini pun afa lagi yang komplen aku pemalas? how come you!!! 

cuba ganti tengok duduk tempat aku! haishhhhh makan dalam sungguh. aku sabar jeeeee... hilang sabar aku, hm... jangan salahkan aku terjadi apa2 suatu hari nanti. tengah fikirr nak kerja. tapi, sekarang gaji yang nak bagi aku pun rm900. hoi, anak 2, 900 agak2 aku kerja memang habis kat bayar pengasuh rm500= 2orang. minyak lagi , makan, parking sume berbayar. haishh.. pasrah. 

memang aku ada diploma. tapi alahai.. tidak lagi laku. nak ambik dgree lak. anak2 macam mana. fees macam mana. hm... apa2 nak buat sekarang. anak di fikirkan dulu. nak jadi surirumah sepenuh masa. ye la, menumpang.. orang tak senang tengok kite TAK BERKERJA. PEMALAS. is ok. masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. 

aduii..tengah tulis blog. anak menangis...dok meniarap mengensot cari barang2 yang boleh masuk dalam mulut pulakk.. ok. bye. 

ada masa aku update lagi.
salam,