LiFe.LaUGh.LoVe

 



Gratisan Musik

Sunday, October 31, 2010

jangan mencari terlalu sempurna

DR.FADILAH KAMSAH


 BUAT PEDOMAN BERSAMA.  

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

 Begitulah juga .........  Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....  

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....  Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

 Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.  Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....  

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.  

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL..

untuk kamu, saya dan pembaca yang lain.....
renung2kan..dan selamat beramal.. huhu

kebosanan..

assalamualaikum..

hary ni 31.Nov.2010, 3.53pm. hary ahad yang bosan. apalah aku nak buat ye. study? erm. tak kan lah aku nak study 24jam kan. b0san jugak nanti. ni pun aku baru balik dari gombak. erm.. buat apa kat sana ? ahaa.. cadangnya memang nak jalan2 kat rawang jew, nak beli sandal. erm, dah jalan2 cari sandal, aku pergilah usha kedai2 kat situ. k0t2 aku nak beli beg ke ape kan. beg balik kampunglah. beg galas yang BESAR punye tuh. macam beg "si dia"[haha].. erm.. teng0k2 agak lah mahal ek. dah la tak lawa dan tak berkenan di haty. semalam aku usha dah kat masjid jamek. ah haa.. cun.. murah. ta[i, takut tak tahan pulak. erm.. es0k aku pergi ts, nak cari beg tuh. eh2, dah lari story pulak. haha..

sambung balik tadi. dah aku jalan2 dengan azi dan adik nye Baqi, abang kesayangannya talif0n. abangnya ajak pergi gombak. ek. alang2 azie ajaklah aku. erm..tak apalah, aku ikotkan je, aku balik awal2 pun, aku bosan jugak, tak tau nak buat apa. erm.. aku tak tahu dia nak kemana sebenarnya, yang aku tahu, dia nak pergi hantar duit dekat anak buah bf azie,kat gombak... aku follow saje.... dalam pukul 2lebih la. aku ingatkan kat rumah sapa, boleh la aku tumpang nak solat zohor sekejap. erm.. dah tibe tu, tup2... kompleks rumah anak2 yatim,gombak. owh.. nak kesitu rupanya, dalam haty aku berkata. tak apalah, dia nak hantar duit je,lepas tu, balik. s0, aku terpaksalah batalkan niat nak tumpang solat sekejap tu.sempatnye..s0lat kat rumah.

dah tiba kat rumah , aku kerjakan apa yang wajib dulu. dan seterusnya buka laptop untuk membuang masa, sebab tak tahu nak buat apa. online faceb0ok dan ym je la. tu pu  tak ada siapa2 yang ajak sembang. on kan saje..dan menulislah di blog ini. huhu. aku ni, kalau bosan, sanggup duduk depan laptop, dari TIDUR.. haa.. aku nih jenis tak berapa akrab lah dengan tidur petang. nanty mudah sakit kepala. aku tak tahu lah ngapenya gtuh. haha. lagi pun, memang aku tak biasa tidur petang.

owkeh lah yep, aku pu tak tahu apa lagi aku nak merepek dalam ni. haha. k, daa...~ wassalam..

Wednesday, October 27, 2010

tiada lagi warna merah jambu..bermula pula dengan warna hijau..

assalamualaikum...

apa sebenarnya title aku nih yer. erm.. aduh, macam mana nak mula ceritanya. senang cam ni lah, merah jambu a.k.a pink.. banyak kisah aku dalam dunia pink. slogan aku "pink world" ha..ambk kau. mana tak nya terlalu fanatic dengan merah jambu tu, semua benda nak pink. pink, pink, pink! haha.. rimas kawan aku tengok, semuanya pink. dari sekolah sampailah tahun nih, stop sampai bulan 9 jer. haa.. knapa? nih nak cerita ni.. rilex2 lu~.. haha..

siapa2 yang mengenali aku, confirm memang tak boleh tak tegur, "semuanya pink??" .. haha.. fanaticlah katanya. masa sekolah, beg pink, pancil box, pink, motor pun pink. hayy0o.... penyakit ni bukan aku sorang yang kena. kakak aku pun, huh~ lebih kurang jer. haha.. memang penuhlah benda2 pink dalam bilik. kalau orang tanya lala mana, lala motor pink. wawa mne(kakak), wawa motor pink. yeahh! pink world! [gilerh arhh..haha] dah tamat sekolah pun, nak masuk kolej pulak, nak duduk hostel, hah! ambik kau..barang2 semuanya beli xde st0k warna laen. merah jambu tetap menjadi pilihan. aisehh... penyakit makin melarat. haa... dah masuk belajar, nak juga merasa guna laptop. haha... xyah lah tanya kaler apa kan, korang mesti dah tahu. hahah.. tak laen tak bukan lagi pink... hikhikhik!!

masa aku kenal si dia pun aku memang dah suka pink. erm.. masa tu, myspace memang top...~ haa.. pr0file tu aku letak dengan kaler...merah jambu~! owh yeah! hahaha...~ si dia tak suka kaler tuh. tapi, apa nak buat dah aku suka, dia turutkan aje. dia belikan shawl pink. [hakhak..tak menggila aku. dah la suka kaler tu, dia lak bagi..] haa.. memang gunakan dengan semangat la... haha... aku pun tak tahulah apa yang ada dalam warna merah jambu tu. bukan aku jer suka pink tu. budak2 zaman sekarang, memang majoritynye suka pink. jangan kata perempuan. lelaki pun. ish3... dashat betul penangan pink tuh kan. tapi, sweeeeeeeeeet ape! lelaki  pakai kaler tu ,kan.. tak semestinya dia mak nyah , kan3...~ dia pun manusia jugak. bialah dia nak suka kaler ape pun, kan3.. ngeh3!!

cpe xnk mt0 cm nih!!hahha... tp, mto aq xla cm nih... nih gempak habezz!!
kenangan merah jambu. motor.... ha? kenapa dengan motor? erm... motor dah hilang kena rompak! motor pink tu jugak dia nak. haishhh,tak paham. bukan scoot pun. motor biase jer. dah la roadtax pun tak ada, motor tu jugak dia nak kebasss..memang aku tak paham. tak apalah, benda dah hilang. nak buat macam mana kan.. rep0rt p0lis pn, tak ada apa2 berita pun. woishh..lau aku anak raja. memang polis cari sampai jumpa k0t. disebabkan aku ni rakyat biasa, maka dengan itu, abaikan sahaja. heh~ cam tu pulak. erm.. benda dah tak ada, tak ada rezki, nak buat mcam mana lagi. ekk.. tapi, memang sayanggggggg habes la kat motor tu. banyakkkk kenangan. tapi, ada hikmahnya k0t. bersabar je lah. erkk...

woah0o!!!
banyak sangat aku cerita kang, bosan jugak ek2.. haha.. xpew3..sekarang, pengakhiran sejarah merah jambu. sebenarnya, banyak kenangan. terlalu banyak. dan banyak sangat. sampai nak cerita pun tak cukup tidur aku kang. hahahaha.. s0, aku pendekkan cerita yer. pengakhiran warna tu, aku mansuhkan warna tu 21sept2010. erm... almaklumlah, walaupun banyak kenangan. tapi kenangan yang paling tak dapat mulakan, masa aku suka merah jambu tu, aku masih lagi bersama si dia. s0, sekarang berakhir sudah kisah kami, aku nak tamatkan juga apa yang aku suka. sebab, apa yang terinatkan, mesti bertambah2 kesedihan di haty. dia pun dapat melupakan aku, boleh hidup tanpa aku, s0, aku tak boleh mundur dan mengalah dalam hidup. aku kena teruskan dan maju kehadapan. semua perkra tu, sudah pun terjadi. kalau dia memang tercipta untuk aku, tak lari gunung di kejar. Allah Maha Besar. tiada perkara yang mustahil. :.)

hm.. sebab tu lah, kini aku tidak lagi dengan kaler merah jambu. kalau ada pun, kebetulan lah tu, ada warna tu je. ;D and, what the next issssss.... GREEN.. owh yeah!! GREEN DAY..~ hehe...~ kenapa aku pilih green? erm.. green is peaceful.. sedangkan kita stress pun, perlu memandang pokok dan dedaunan yang kehijauahan.. haaa..~ betapa hebatnya hijau. h0ho..hijau memang hebat. dalam al-Qur'an pun ada menyebutnya dan menjelaskan akan keadaan penghuni jannah ataupun segala yang ada disekelilingnya, berupa kenikmatan, suasana, kesenangan, ketenangan jiwa. Kita mendapati di dalam surat Al-Rahman:
متّكئين على رفرفٍ خضرٍ وعبقريٍ حسان (الرحمن: 76)
Mereka bertelekan (bertelekan: tiduran menyamping, tubuh lurus, dengan salah satu tangannya dilipat dan telapak tangannya menyangga kepala -pent) di atas bantal-bantal yang hijau dan permadani yang indah (QS. Al-Rahman: 76)
عاليهم ثياب سندسٍ خضر وإستبرق وخلوا أساور من فضّة وسقاهم ربّهم شرابا طهورا (الإنسان: 21)
Mereka mengenakan pakaian sutra halus yang hijau, dan sutra tebal, serta dipakaikan gelang dari perak kepada mereka. Dan Rabb mereka memberi minum mereka dengan minuman yang suci (Q.S. Al-Insan: 21)
subhanallah...... betapa damainya kehijauan itu...:)
ini sahajalah coretan untuk kali ini. selamat tinggal merah jambu.....~ hehe..

Friday, October 22, 2010

Jangan kecewakan orang yang mencintai kamu....

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

* Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia- siakan orang tersebut… kamu akan menyesal melakukannya


Tuesday, October 19, 2010

"Kenapa Abang Cintakan Sayang ek???"

kisah aku pada detik ini.. sedang aku membelek2 di faceb0ok, aku terbaca 1 artikel yang menarek perhatian aku untuk aku share dan copy2 paste kat sini.. aku nak copy sebab, aku rasa artikel 2 penuh bermakna dan aku sukakannya. aku rasa, aku dapat meluahkan apa sebenarnya dan kenapa aku terlalu menyintai seseorang itu, walau apa pun dia. hm...


"Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,

“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.


Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu….. 

Cinta sejati tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kekurangan....."

ini aku copy dari laman faceb0ok yang aku tidak kenali..[Nur Syuhada Ramli].. thanks.. 

hmm....


Monday, October 18, 2010

assalamualaikum..
apa yang aku nak ceritakan ni. dalam kepala aku, hanya aku ingin ceritakan tentang DIA. arghh... cukuplah apa yang aku alami ni..tak apalah, aku akan bercerita tentang dia lagi kali ni. tentang perasaan aku. hari ni, aku dapat tahu sesuatu. erm.. sesuatu yang amat dan teramatlah perit aku rasa. pekara ni aku alami masa aku dengan si dia lagi. cuma, aku takut nak beritahu dia. aku takut dia marah. kalaulah  benar apa yang aku rasakan, dan betul apa yang aku fikirkan. Ya Allah.. macam mana aku nak alaminya.

kalau betul lah apa yang aku fikirkan. hm.. maknanya, apa yang aku rasakan selama bersama dengan dia, sememangnya benar.., Allah benar2 berikan aku petunjuk. sekarang aku tunggu masa je yang menentukan segalanya. tapi, aku tak tahu macam mana keadaan aku bila terima berita yang aku fikir2kan tu. hm.. walaupun mulut aku berkata TAK APA. haty aku.. 1001 keretakkan. kenapalah aku boleh abaikan kesilapan dia, dan dia tak boleh. dia kuat... kuat hatynya meninggalkan aku, kerana peritiwa itu.

kalaulah aku boleh jadi sekuat dia. dia boleh lupakan segalanya tentang aku, kecuali keburukkan aku, kejahatan aku, kezaliman aku. dengan perkara tu, dia benar2 tawar haty. hm.. dia boleh lupakan aku. kalaulah aku boleh jadi sekuat dia. walaupun aku cuba, aku cuba ingat perkara2 yang dia buat kat aku. tapi, aku tetap tak dapat mengambilnya untuk melupakan seseorang yang aku sayang. kenapa aku macam ni. aku nak jadi macam dia. tapi, aku tak dapat jadi macam dia. mungkinkah dia dah ada  pengganti yang jauh lebih baik dan dapat membahagiakan dia berbanding aku. hm.. itu sudah semestinya. aku doakan dia, walaupun haty aku sebak dan hiba.

aku ingat lagi.. last aku bergelar kekasih haty dia dapat berjumpa dia semasa dia nak balik melaka. aku selalu hantar dia kat tol bukit beruntung, dan berhenti 1 mid point yang kitorang selalu berhenti dan bersalaman dan aku mengucapkan selamat jalan, hati2 bawak motor. kalau boleh, aku nak hantar dia sampai melaka. dia tak bagi. dia risaukan aku. aku minta kat dia, aku nak hantar dia kat sungai buloh, pun dia tak bagi. dia risaukan aku. "terima kasih awk...".  aku ingat lagi.. ayat yang terakhir aku dengan dia kat simpang tol tu... "awak, awk jangan tinggalkan saya, ta0o.." [sdihnya awk nak pergi..saya sdih mase awk dh gerak, sebab saya bnyak salah kat awk..saya memang perlukan awak. tapi..] dan, aku ingat lagi.. dia balas.. "saya takkan tinggalkan awak, sayang. saya cintakan awak.." [awak.... awak dah tinggalkan saya.. ] hm.. :..) harap dia bahagia dengan keputusan tu..

yang mengingatimu dan takkan melupakanmu...:
=aisya=

Tuesday, October 12, 2010

LAngKAh bAru, SeMAngAT bAru DAn yAkin paDA yANg ESA...




hari ni dah aku dah presentation e-commerce. wah.. lega sungguh. mind mapping aku sungguh simple. mula2 nak buat yang agak2 laen dari yang lain. last2 terkena pulak musibah yang tak baik. s0, idea aku tertukar, tertukar.. haha.. last2, ni lah hasilnya. tak la cantik, tapi puas hatylah sebab ni presentation yang ke-2 dapat full mark untuk kedua2nya. Alhamdulillah.. diatas anugerah Allah, dalam creativity yang aku ada, aku dapat sumbangkan kat mind mapping e-commerce ni. kalau masa sekolah dulu, hias2 bilik pengawas. wah.. suka3..~ hehe.. Nasib baiklah siap kerjanya yang ni. mana tak nya duduk melayan perasaan melayan sangat masalah, jadi tak ada semangat nak buat. apa2 pun aku kena fikirkan, ini adalah tanggungjawab aku. jadi aku kena siapkan jugak. masalah,masalah jugak. tanggungjawab sebagai seorang pelajar aku tak boleh lupa. 

haa.. nanti aku dah habis belajar, dah lantaklahkan nak buat apa. di fikir2kan. memang dah tak lama nak habis belajar. yess.. nak kerja atau sambung belajar. erm. depend kat result aku. kalau baik, InsyaALLAH dapat la teruskan lagi. sambung balik cerita tadi yep..  peristiwa hari ni.. macam hal la. masa nak pergi kolej tadi,dah la aku presentation hari ni, boleh pulak bas SJ dengan bas METRO bergaduh sakan. aduh.. masa nak gerak dari rumah aku lak, driver bas mini dengan bas metro. adohai.. macam2..mesti ke hari ni. memang betul2 buat aku cuak. dah la dalam kepala owtak ni present6..~ dup dap dup dap. hehey.. tak sedap haty w0o.. erm.. aku buat tak tahu sudah. yang tak boley blah, bas SJ dengan bas METRO dok berlumba. huh?! aku suka.. sebab aku dah lambat. haha. jangan excident sudah la. Alhamdulillah, selamatlah tiba. makan2 nasi lemak apa semua pergilah masuk kelas. bersedia untuk pembentangan. makin begoncang satu badan aku.

bukan aku tak pernah present atau aku tak prepare. tapi, aku takut dengan lecturer aku tu. kang die tanya, aku tak dapat jawab, huh mampussss cikit la markah aku. lepas kawan aku present, tibalah group aku pulak untuk pembentangan. ay0oy0o..~ manyak cuak w0o.. haha.. wat tak tahu jer. dah berdiri dekat depan tak rasa nervous langsung. pelik2. dan alhamdulillah, aku dapat jawab soalan yg lecturer tanya kat aku. syukur3..~

ha.. mesti pelikkan aku boleh semangat dengan tiba2. mana taknya. siapa2lah yang ikuti kisah2 aku. mesti kata aku nih memang pelik. sebab dengan cara yang mendadak aku jadi semangat dengan tiba2. ha.. apa kes sebenarnya.? erm.. kesnya. aku dapat makian dari seseorang. hah, tak payahlah tanya siapa. erm.. makian tu memang cukup sempurna. mana taknya dari dulu sampailah sekarang. memang cukup mrvelousss makian itu. sebab, aku rasa aku bersembang dengan saudara kandungnya. bukan aku ada kaitkan dengan siapa2. alamak..dia yang tiba2 maki2 aku. aikk.. memang ada salah aku dengan dia. tapi, apa yang berlaku semalam, tak ada sikit hal yang berkaitkan dengan kitorang. dia cakap aku cakap nak berlagak baik. dan aku tak payah nak bandingkan antara aku dengan orang lain. ek.. terkejut jugalah apa yang dia cakap. erm..tak apalah. aku halalkan sahaja apa yang dia cakap. janji benda tu memang aku tak ada kaitkan antara kisah aku ke, kisah dia ke, atau kisah sesiapa. dia dah salah faham. dan now, dia suruh saudara kandungnya tu, putus berhubung dengan aku. alamak.. sampai tahap itu dia buat.

erm.. tak apalah, kita ikutkan sahaja kehendak dia. biar dia buat sampai dia puas. kita memang tak dapat puaskan haty sesiapa melainkan diri dia sendiri yang akan terasa dia puas haty. kalau dia selesaikan masalah dengan makin dan cacian, just go ahead. apa yang aku nak cakap aku tak benci sesiapa pun. termasuk seseorang tu, walau apa pun dia. aku manusia biasa, aku tak sempurna. buat apa kita nak membenci sesama manusia kalau kita sendiri tak sempurna. erm..apa2 je lah. kisah kitorang dah berakhir secara rasminya 11oct2010. semua sekali.. cukup2 je 2tahun. biarkan ia terus berlalu.... apa yang dia buat aku harap dah tak ada yang dibangkitkan lagi. sebab, dah tamat segalanya. thanks.. atas cacian itu, aku mula bangkit ,nekad dan semakin bersemangat untuk terus hidup. sama ada dengan kawan dan keluarga aku. Alhamdulillah.. 

apa yang terjadi 11oct2010 adalah perkara yang akan mematangkan aku. betullah orang kata, semua apa yang berlaku ada hikmah. sekarang aku dapat terima dengan haty yang terbuka dan ikhlas. semua manusia boleh berubah. kalau seseorang itu jahat, tak semstinya selamanya dia akan jahat.  dia akan diberikan 1 pengajaran dan dugaan yang sukar untuk dia memikul, masa itulah dia akan merasakan bahawa, sampai bila dia akan terus begitu. lalu,  dia akan mula akan berubah jadi baik. eh2, bukan berubah jadi baik, tapi, dia cuba buat yang terbaik . maka, kita kenalah dekatkan diri kita dengan Allah, supaya kita sentiasa dekat kepadaNYA, supaya kita mengadu kepadaNYA, dan supaya kita menyembah hanya kepada yang Maha Esa.  InsyaALLAh. sebab, apa2 yang berlaku, kita tetap kembali kepadaNYA. kan3..~ 

alahai... jadual aku.......
jadual aku padat habis dengan mid term , kuiz dan exam. 14oct- mid term e-commerce, 16oct- quiz CCNA3, 21oct- quiz information system, pastuh, sama ada 24 atau 28hb ada quiz-2 untuk e-commerce.. 5nov start cuti sampai la 21nov. lama tu Ya Rabbi.. apa aku nak buat cuti lama2 macam tu. haha.. study la.. 22hb aku dah start final exam. yeaahhh~ perjuangan dan peperangan yan paling akhir sekali. lepas tu, aku boleh fokuskan kat final project jep. haa.. pastuh, yeheyy! bebas dari gelaran student bostenweb college. semua akan bawa hala masing2. 

haa.. itu sahaja untuk hari ini. penat sangat dah ni menulis. ngantuk pun ye jugak.. hehe.. 2.48 A.M / 12oct2010..


Monday, October 11, 2010

20.2.20. pada 11october

assalamualaikum..

hari ini aku nak cerita 1110.. kepada seseorang. hm.. kalaulah dia sudi buka blog aku ni. dan kalaulah dia sentiasa memerhati dekat aku. huhu.. aku rasa itu tak kan berlaku kot. sebab, masa kitorang together2 pun, jarang sungguh nak tengok dia lihat-melihat laman aku. hm.. tak apalah, dia tak tengok pun tak apa. asalkan aku tak lupa akan dia. aku sentiasa memerhatikan dia dari jauh. itu sahaja yang aku mampu lakukan. dari sebab itu juga lah kenapa masa kami bercinta, aku tak nak add die. awak, maafkan saya.

UNTUK AWAK,SAYANG..
11.0ct- awak.. awak ingat tak tarikh ni?? awak lupa ke..? tak apalah.. saya bagitahu awak ye.. awak, ni tarikh hari ni lah.. awak, kalaulah kite masih bersama sebagai sepasang kekasih, ini adalah tarikh keramat untuk saya, dari kata-kata yang indah dari awk. pada tarikh ni la kita mulakan sebagai sepasang kekasih. saya ingat lagi masa tu, kita keluar sama-sama. bukan awak dengan saya je. awak saya dan kawan awak, danial. masa keluar tu awak tak cakap apa-apa lagi. cuma saya ingat awak tanyakan sesuatu kat saya..kat TS,tingkat 4. masa tu, tak ramai lagi yang ada kat TS tu. kita tengah seronok jalan2. awak nampak pasangan couple, pegang tangan. pastu, dengan lantas awak tanyakan kat saya, "awak, kenapa diorang pegang tangan ye?" dalam haty saya, dup dap dup dap.. saya cakap dalam haty saya "apa la aku nak jawab ni, ah jwb ikut logik je laa".. lepas tu, saya senyum kat awak. masa tu, saya malu2 lagi dengan awak. (gediknya saya..mana tak nya, saya jumpa orang yang saya suka...saya sayang..saya cinta masa 2006 lagi.. tak ke saya rasa nak menjerit kuat2 kat situ. hehe..) awak ingat tak saya jawab apa atas pertanyaan awak tu? "saya cakap, mungkin dia sayangkan perempuan tu kot.."

tak lama tu,kita turunlah tingkat bawah, dah tak tahu nak buat apa. Danial ikut je kite. mase tu, danial pendiam lagi. senyap aje, ikut kite. (hikhik).. kita jalan2 lagi. lepas tu, awak pegang tangan saya. dup dap dup dap haty saya,awak. masa tu, Allah je lah tahu. saya dah tersengeh sorang2 masa tu. dalam haty saya "eh, dia ni tak malu ke dengan kawan dia" (hehe..) saya tengok awak relaks je ngan kawan awak. kita pusing2, pusing2.. sampailah saya ajak masuk kedai scorpion silver. saya nak tengok2 je awak. tapi, awak cakap awak nak belikan 1 cincin untuk saya. bukan untuk saya. untuk kita. saya mula terasa pelik..sebab, masa tu kita tak couple lagi awak. status awak dengan saya, kawan je.. tapi, janganlah tanya dalam haty. sudah tentu saya suka sangat3..dan sangat. cincin tu awak cadangkan 1 tulis nama saya, 1lagi tulis nama awak. (sweetnye awak.)terima kasih awak. awak pun bayar cincin kita. walaupun saya rasa tak sedap, sebab guna duit awak. awak cakap kat saya "tak pa lah..ini je yang saya dapat bagi"

masa tu, ada cincin lain kat tangan awak. awak cakap cincin tu awak jumpa. tapi, ada kenangan. erm.. awak bukak cincin tu. awak buang cincin tu. awak, masa tu saya serba salah sangat awak. hm.. tapi, itu keputusan awak. erm.. dalam sibuk cari cincin, kecian danial tunggu kita. lepas tu, awak ingat tak..semua dah penat. saya nak makan nasi. kita pergi naek tingkat 10, ada f0od court. kita makan nasi kat situ. sebelum kita pergi order makanan, kita ambk gambar cincin tu dulu kan awak..atas meja coklat..? awak ingat tak.? hm..tak apalah awak tak ingat.  kita dah ambik gambar bersama, dengan awak dengan danial apa semuakan, untuk jadikan kenangan. indahnya masa tu.. terima kasih awak, atas kengan yang indah itu.

awak, hari dah petang. saya kena balik rawang. awak kena balik hostel danial kat shah alam. masa tu awak tumpang rumah dia, sebab sepupu awak pergi dubai. dalam perjalanan nak balik. kita naik kat stesen hang tuah nak ke kl sentral. sebab, kat imbi ramai sangat orang. tapi, kita naik dekat hang tuah pun, lambat jugak kan kita sampai kat kl sentrel. dah tiba kat kl sentrel, awak beli tiket ke shah alam, saya belilah tiket ke rawang. lepas 2, awak punye tren seblah sana, saya seblah sini. saya turun, kita lihat masing2 dari jauh dan awak kenyit mata kat saya..(saya suka awak..) dalam haty saya. masa tu, terlalulah gembira sangat awak. (hikhik.. gedik saya sorang2..) awak, tren saya dah sampai. tren awak belum lagi. awak tengok saya, awak lambai saya sampai saya naik tren. saya senyum2 kat awak. saya lambai2 awak. saya dah tak pikirkan orang kt depan saya masa tu. dia tengok je saya, mana tak nya saya tersengeh,terlambai2 kat lua. saya abaikan orang tu, saya lambai awak je. (gmbiree sgt.. )

saya tak putus pun tengok awak. tak lama tu tren awak pun sampai. dan saya pun mula alihkan pandangan saya. saya cium cincin yang awak bagi tadi. 3x saya cium cincin tu. saya senyum sorang2.(gila bayang kat awak. hehe) saya keluarkan handset saya dari poket. saya tengok kat inbox, nama awak yang keluar. oh, awak yang bagi. awak cakap "sayang awak".. Ya Allah, dengan perasaan tak malunya, saya cakap, "saya sayangkan awak juga.." saya dapat lagi mesej dari awak.."i love u"..  saya balas. "awak salah send ke ni." (padahal, dalam haty ni.. macam nak menjerit kuat2.. macam nak bagitahu 1komuter tu awak.. saya gembira sangat, walaupun saya cakap awak salah send masa tu..saya sengaja buat2 blur.. hehe..kelakarkan. apalah saya ni) tittt2,tittt2.. dapat lagi mesej dari awak.. yang membuatkan hari saya berbunga2 pada hari tersebut.. "sudi tak awak jadi gf saya.." (awakkk.. masa tu, saya rasa doa saya termakbul , awak.. saya berucap syukur kepada yang Esa masa tu. saya dah janji yang saya menyintai awak sorang, saya tak akan sia2 kan awak. saya tak akan hargai awak..) awak.. dengan lantasnya dan persaan tak malunya saya cakap, "awak, perkara itulah yang saya tunggu keluar dari mulut awak selama ni..." awak pun cakap kat saya, awak menyintai saya.
tak sangka saya dapat awak. saya tunggu awak masa tingkatan 4 lagi.. sampailah pada tarikh tersebut. saya benar2 bersyukur.

setelah saya sampai kat rumah. saya tak dapat tidur. saya asyik tengok gambar kita. semua gambar2 kita. awak.. masa tu kan, saya tak kenal pun penat, walaupun saya memang letih.. sebab perkara yang saya nanti2kan , telah jadi kenyataan. 1 penyiksaan semasa menunggu awak. macam2 kesah terlakar antra hubungan kawan yang kita jalinkan. 11oct... tarikh yang tak akan saya lupakan sampai bila2..sebab awak adalah cinta pertama saya. awak pernah membahagiakan saya..awak pernah jadi racun dan awak pernah jadi penawar dalam hidup saya.

awak.. awak ingat lagi tak.. 1st annyversery kita.. masa tu secara kebetulan sebulan sebelum tu, ika ajak saya pergi melaka. awak.. saya nak pergi. saya teringin nak pergi.. saya minta kebenaran awak. sebab, awak memang susah nak lepas saya pergi melaka. saya tak tahu kenapa. awak kata awak takut saya jadi bukan2. tak apalah kalau macam tu. tapi, saya bagi alasan yang kukuh, yang ika dah ajak, mak dia pun dah ajak. kakak ika pun dah ajak. awak pun lepaskan saya untuk pergi kesana. saya sampai kat sana, awak pun bawa helmet lebih , awak suruh saya naik dengan awak. sebab, kebetulan kereta sepupu ika tu penuh. awak pun hantar ke tanjung kling kat melaka tu. erm.. terma kasih awak. dah tiba kat rumah sepupu ika, mak cik ika suruh makan dulu. awak pun makan, saya pun makan. lauk sayur keladi. awak, saya teragak2 nak makan, sebab takut gatal lidah. awak relaxs jew makan.  kita ambik gambar sama2 kan awak. saya nak buat kenangan.

dah petang, awak pun balik la ke tempat awak, kat ayer molek. agak la jauh,kan awak? erm..saya pun tiba2 suruh awak belikan saya tudung pink. sebab, saya tengok semua pakai tudung. saya kat majlis orang, jadi saya pun kena hormat. saya suruh awak belikan tudung malam tu jugak. awak cakap, dah tak ada kedai bukak dah malam2. tapi awak pergi jugakkan. awak cari tudung pink, dan anak tudung. saya lupa nak suruh belikan pin... terima kasih awak sudi datang, walaupun awak terpaksa. maafkan saya ye awak. hm.. malam tu, pukul 1 lebih.. saya bagitahu awak.. "selamat ulang tahun awak.." awak, walaupun awak lupa, saya cuba tak nak marah awak. sebab, saya tak nak kita bergad0h.

saya belek2 beg saya, nak dengar mp4 awak.... saya tegok benda tu dah tak ada... awak..."mp4 awak hilang"...saya dah hilangkan mp4 awak. Ya Allah, goyang kepala lutut saya.. hmm... nak buat macam mana, benda dah hilang. bialah hilang, awak cakap kat saya mcam tu kat saya. bagi sedap kan hati saya. tapi, hati saya sentiase gelisah.. hm.. padahal petang tu, saya dah cakap kat awak, saya nak bagi mp4.. awak lupa nak ambik.. saya pun lupa nak bagi..hm... nasib baeklah.. dapat balik sminggu lepas 2 kan awak. :) lepas tu, saya cakap kat awak, saya dah tak nak pegang barang2 mahal awak dah. saya tkot jadi lagi macam tu.. hm..

berbalik cerita tadi...
keesokkan harinya.. 110ct2009, awak pun sampai kat majlis perkahwinan sepupu ika tu. awak janji dengan saya nak sampai pagi, sebab nak bagi saya tudung tu. tapi, awak sampai tengah hari. hmm.. tak apalah, terima kasih awak.. saya tengok ada dua tudung. 1 tudung pink, 1 tudung coklat, anak tudung dan pin.. pin tundung? Ya Allah, bukan saya lupa ke nak bagitahu kat awak, belikan pin sekali... saya cepat2 bersiap sebab saya nak kena tolong2 kat majlis 2.. saya dah bersiap apa semua. saya ucap terima kasih kat awak. sebab awak belikan pin. saya lupa lak nak bagitahu. awak cakap kat saya masa tu.. "tak apa la, saya cakap malam tadi hari ni ulang tahun kita kan.. anggaplah saya bagi semua itu semua untuk ulang tahun kita.." hm.. terima kasih awakkk.... awk... saya tak ada apa2 untuk awak. malam tu,

masa ulang tahun kita, ada perkara yang sedih berlaku kan awak. hmm... macam2 hal.... salah satunya.. kita gaduh sebab awak tak bagi saya pegang handset awak. hm.. kecik hati saya. awak tepis tangan saya sebab awak tak bagi saya ambik f0n awak...hm.... saya merajuk dengan awak. saya cakap kasar dengan awak "kalau ada benda nak di rahsiakan, tak payah bagi terus" lepas tu, awak hulur jugak f0n awak. saya cakap "tak payah" hm... awak pun merajuk jugak... awak pergi kat motor..pusing motor awak ganaz2..sampai motor awak jatuh. hm.. saya yang tengah duduk, terus berlari kat awak..sebab, saya tengok awak ngan motor awak tu jatoh.. hm.. saya pergi saya bagi f0n awak balik. awak campak. hm... awak main pergi macam tu je.. hm... septutnya saya yang merajuk. awak lak yang pergi.. sampai haty awak... kakak ika ngn ika ngan sepupu dia sume tengok saya. dia cakap "kenapa dia buat macam 2..." hm... saya cakap "erm.. ntah la kak, saya salah.." hm... saya sanggup kata saya salah. sebab saya memang tak layak nak pegang f0n awak. hm.. maafkan saya ye awak...

tak lama tu, awak pujuk saya... saya pun tak ada lah nak dibesarkan .... salah saya masa tu, sebab sibuk sangat nak teng0k f0n awak kan.. erm..tak apalah... saya nak balik KL dah awak... awak pun sampai kat MC.... tiket saya pukul 8.... kita pun dah berbaik semula... saya tersa lapar... ika pun lapar..awak punlapar.. awak ajak makan aNw... awak belanja saya dengan ika... hm.... terima kaseh awak... saya, sayangkan awak.. saya cintakan awak...

kali ni... tentang annyversery kita.... kita, dah tak ada apa2... hanya tinggal tarikh.... tarikh yang penuh bermakna dalam hidup saya. awak... kini awak dah tinggalkan saya..... saya, tak ada siapa2 awak... saya ada awak.. kehilangan awak,kini saya rasai.. awak terlalu jauh.... saya mampu tengok awak dari jauh.. kalau awak bahagia.. hm... baguslah... T_T saya tumpang gembira kalau awak bahagia. awak.. jaga diri awak baek2. saya hanya doakan awak, kesejahteraan awak dan saya harap awak cemerlang kelak. amin.. dan awak dapat kejar cita2 awak, walaupun saya dah tak ada di samping awak.

awak.. kadang2 saa terasa..apa yang awak cakap dulu.. "saya tak boleh hidup tanpa awak.." saya terfikir.. bukan awak yang tak boleh hidup tanpa saya.. tapi, saya yang rasa lemah dan tak semangat.. saya yang rasa saya tak boleh hidup tanpa awak. tapi, hm... saya mampu lakukannya jika awak boleh teruskan hidup awak dengan kebahgiaan. saya cuba jadi kuat seperti awak. awak... maafkanlah saya.... saya teringin nak mesej awak, nak call awak.. tapi, saya takut awak akan marah. saya teringin nak cakap yang saya sayangkan awak, saya cintakan awak lagi.. tapi... saya takut awak marahkan saya... dan.. saya berharap saya dapat yakinkan awak, yang saya betul2 berubah dan akan berubah.  tapi, saya takut awak akan marah saya, dan saya tahu, awak dah tak percayakan saya. hm.. bagi saya sekarang.. semua itu cukuplah dalam angan2 dan mimpi saya.

awak tahu, saya sering mimpikan awak. hm... saya rindukan awak.. awak, sebenarnya.. saya nak pujuk awak  bersama saya semula.. tapi, hm... awak tak akan pernah percaya lagi manusia macam saya. hm... saya benar2 menyintai awak. tak apalah, biarkan saya menyintai awak dari jauh. sayang awak dari jauh. kalau awak tiba2 terasa tak senang duduk.. awak ingatlah yang saya sedang rindukan awak...

awak yang ku sayang......
110ct kali ni.... merupakan.. kita dah 20tahun... saya harap awak akan menjdai jauh lebih matang, bukan saya cakap untuk awak je. untuk diri saya sendiri jugak..
11oct kali ni... merupakan annversery ke-2 kite..kalau kita bersama..
11oct kali ini jugaa... merupakan genap 20 hari kita berpisah....
sedihnya perasaan ni... kata2 untuk saya sendiri..."usah ku tangis pada cinta lama, usah ku impikan kita kan bersama..biarkan ia terus berlalu bagaikan mimpi...hilang di mata...." apa pun awak... biarkan diri awak dan nama  awak bersama saya.. awak ingat tak.. awak pernah bagi 1 mesej ni kat saya "lepaskanlah ia jika dia mahu pergi... dan dia akan kembali jika dia benar2 tercipta untuk kita dan jodoh kita...." saya tak nak awak pergi.. tapi, saya harap awak kembali dan kita ditemukan lagi...

awak.... kalaulah awak buka blog saya.. hm.... awak buka youtube,cari lagu "selamat ulang tahun sayang-imran ajmain" lagu tu untuk awak... i l*** u~! im sorry...

awak, sekarang saya tengok awak gembira sangat..erm..baguslah.. berbahagialah awak. :..) awak, walaupun awak dah ada kawan yang menghargai awak.. dan awak kata tak perlu bercinta.. baguslah kalau dah macam tu. saya pun harap awak dapat tengok dan dapat petunjuk yang macam mana haty saya ,perasaan saya, cinta saya terhadap awak. hm... kalau kita memang tiada j0d0h, awak doakanlah kebahagiaan saya. awak maafkanlah saya segala kesilapan saya. saya, tak pernah tak memaafkan awak walau apa pun awak buat. saya brharap saya tiada musuh diatas dunia fatamorgana ini...


SeLaMAt uLANg tAhUn sAYAnk.. pErgiLAH terBAng jaNGAn kAu tAk terbANg puLAng..

lagu untuk awak, walaupun kita dah berpisah....






Sunday, October 3, 2010

aku menyepi, mengubat rindu sendiri tanpa mu disisi.

hari nih dah 3oct2010..dan aku menulis blog nih 13.59. z0hor ku belum ku tunaikan, memikirkan tentang kesalahan aku. demi hari ke hari, aku semakin terasa dia jauh. aku berikan dia mesej, hm.. tidak ada sebarang tindak balas. oh Tuhan..maafkan aku. sesungguhnya aku terlalu bersalah. aku, ingin perbetulkan kesilapan. bukakanlah haty mu itu. maafkan aku. hm.. aku sering terkenang kenangan yang lalu, saat dia bersama aku. tadi dalam aku kebosanan, aku buka email, dan click lah kat photo. huh?!! photo aku dengan dia. Ya Allah, boleh pulak terselit kat situ makin membuak-buak merindui dia. aku tak tahu apa nak buat. erm.. aku nak call, tapi..dia dah tak mahu berbicara dengan aku. banyak benda aku nak bercakap dengan dia. apa yang aku mampu, tengok balik gambar2 yang aku ada masa dengan dia. dah tiada apa yang aku ada selain gambar, cincin dan kenangan.

setiap tempat aku pergi... tak kesahlah aku kemana, sama ada pergi kelas ke, pergi berjalan tenangkan fikiran ke, nak pergi beli barang ke, aku tak mampu melupakannya. sebab, aku dan dia penuh kenangan,selangor, kl, melaka... apa yang aku terkenang,aku tersenyum sendiri dan bersedih sendiri. teringat masa mula2 kami bercinta. huhu~ aku begitu suka, begitu gembira. kat mana, bila, masih segar dalam kepala aku. semua itu untuk aku mengubati rindu aku sendiri. mungkin dia sudah membenci aku. hm.. apa lagi yang aku boleh buat. aku ingin bersua dengan dia, tak kan mungkin berlaku k0t. apa yang aku katakan dan apa yang aku ingin katakan, tidak diendahkan lagi, hanya kerana PERISTIWA ITU.. oh, sungguh menyakitkan hatynye. namun, percayalah untuk kali terakhirnya. cukuplah kali terakhir dia percayakan kata2 aku. tapi, tak kan mungkin berlaku. aku tak tahu apa yang sepatotnya aku lakukan. aku sungguh tak boleh melupakannya. setiap apa yang berlaku dalam hidup aku sekarang, namanya tak ku lepaskan untuk menyebut.

aku tersa kekosongan dan kehampaan. hm.. walaupun ada kawan2 yang isi kekosongan itu, aku tetap berada didalam kesunyian kerana, perbezaan bersamanya dan tiada dia di sisi. aku memujuknya untuk memaafkan aku. kini, aku sendiri yang bertemankan sepi, kenangan yang menggamit memory itu adalah penawar haty. percayalah,apa yang berlaku itu pekara yang tidak aku inginkan. kalaulah aku dapat berikan keyakinan dan kepercaayn terhadapnya, itu aku benar2 besyukur. aku tidak akan sia2kannya. tapi.. hm.. mungkinkah? sbab,aku yang bersalah, aku perlu minta maaf. maafkan aku...... aku terlalu menyanyanginya. aku menyintainya. kini...... hanya buaian lagu, hanya senyum tawamu, hanya gambar kegembiraanmu dan hanya tempat yang kita pergi bersama menjadi satu kenangan untuk merawat kerinduan di haty ku.. semua itu, tersemat di haty. jika aku rindukan suaranya, aku call dia. hm.. e2 cukup buat aku tersenyum sendiri. aku akan mencuba selagi aku berdaya. selagi aku mampu. dan selagi dia ada di haty.

kini kau pergi..... "kau pergi... bukan ku benci..kau yang tak mengerti.." kini, aku bercakap bila perlu, aku makan bila perlu, aku ketawa bila bersedih.. e2 membuatkan aku jadi lebih baik. orang kata... "kita tak boleh jadi baik.. tapi kita kena buat yang terbaik....". aku memaafkan kata2nya. "kata2mu tidak aku membenci". hm... apa yang terjadi, tetap dah terjadi. stiap manusia pasti melakukan kesilapan sama ada besar atau kecil, namun aku juga seorang manusia.....dan yang melakukan kesilapan. maafkan aku...

insan bersalah: aiesyah..

Friday, October 1, 2010

missing him





MisSing hiM!!!!!
███☼███____(▒)(▒)
(▒)(█)(▒)__ ███_☼██████
_(▒)(▒)___██____████████
_________██____███▒▒▄▒▒..
__________██____█▒▒▒▒▒▒
...___________██____ █▒▒▒♥___(▒)(▒)
____________██_____▒▒____(▒)(█)(▒)
__________ __██____▒▒______(▒)(▒)
_____________██__▓▓▒▓_______█
________██__██ ▓▓▓▒▒▒▓____█
_(▒)(▒)___███_ ▓▓_▓▓▓▓▓___█
(▒)(█)(▒)______▓▓__▓▓▓▓▓___█
_(▒)(▒)_____ _▓▓__▓▓▓▓▓___█___█
___________ ▓▓___▓▓▓▓_▓___█_█
__________ ▓▓___▓▓▓▓__▓▓__█
_________ ▓▓___███☼█__▓▓__█
___♥▒▒♥▒♥▒♥▒♥▒♥▒♥▒♥ __▓▓_█
___ ♥▒♥▒▒♥▒♥▒♥▒♥▒▒♥▒♥__▒▒▒
____ ♥▒♥▒▒♥▒♥▒♥▒▒♥▒▒♥▒____█
______ ♥▒▒♥▒♥▒♥▒♥▒♥▒▒♥▒♥__█
________ ♥▒▒♥▒▒♥▒♥▒▒♥▒▒♥▒♥
___________♥▒♥▒▒♥▒▒♥▒▒♥▒▒♥▒
_______________▓▓_▓▓
_(▒)(▒)_________▓▓_▓
(▒)(█)(▒)_______▓▓_▓
_(▒)(▒)_________▓▓_▓
_______________▓▓_▓▓
_______________▓▓▓▓
_______________▓▓▓
______█████████
________██____██
______█☼█____██
______█_______██
______________█☼█
______________██__█▄








muNGkinKAH aKn tERJAdi....
but,ur name still in my heart..
...........♥ ♥ ♥ ♥ ♥
........♥#########♥
.....♥#############♥
...♥###############♥
...♥#################♥..................♥###♥
..♥##################♥..........♥#########♥
....♥#################♥......♥#############♥
.......♥################♥..♥###############♥
.........♥################♥################♥
...........♥###############################♥
..............♥########AZWAN###############♥
................♥#########################♥
..................♥######################♥
....................♥###################
......................♥#################
........................♥##############♥
...........................♥###########♥
.............................♥#########♥
...............................♥#######♥
.................................♥#####♥
...................................♥###♥
.....................................♥#♥
.......................................♥
.♣¤══¤۩۞۩ஜஜ۩۞۩¤══¤♣
♫♫]▓▓║ ♥ HiM ♥ ║▓▓[♫♫
.♣¤══¤۩۞۩ஜஜ۩۞۩¤══¤♣