LiFe.LaUGh.LoVe

 



Gratisan Musik

Thursday, July 12, 2012

::aBAh::


assalamualaikum.

apa yang aku nak coretkan hari ni ye? ntah la. dalam kotak fikiran aku hanya arwah abah. hm.. arwah? ye, setiap yang hidup pasti akan mati. dan abah telah dijemput illah pada 22mei2012. Ya Allah... hilangnya semangat aku dalam dunia ni. Aku sentiasa salahkan diri sendi atas pemergian abah. hm..aku berfikir, kalau laaa aku bawak arwah pergi hospital masa dia tengah lembik lesu, ketika aku mandikan arwah. aku lakukannya seorang.a ku sempat menangis kerana aku tak mmpu lakukannya seorang diri. tapi, aku nak abah kemas pada hari 2. Aku paksakan diri aku untuk mandikan, kemaskan kuku, tangan dan jari2nya yang kotor terkena air liur dan susu. Aku simpati ngn arwah masa tu. Aku sempat mengajar arwah mnugacap 2kalimah syahadah.

Aku: abah.. abah bangun kejap ye.
Arwah: xboleh.. xlarat ni..pening,,(keadaan suara yang sedikit pelahanj dari biasa)
Aku: Abah..adk nak bersihkan ni, nnti wangi...ye abah? cepat, adik pegang tangan abah.
Arwah: tanpa mengeluarkan kata2...terus capai tangan aku. dan bangun.
Aku: ("Ya Allah, knpa abah lemah sangat ni. kenapa keadaa xbermaya walaupun keadaan duduk. xsperti sebelum2 ni.KUAT! siap BERSENDA. kali ni xmbermaya. Ya Allah...") :...(( Abah, abah tahan kejap ye..adik nak tukar cadar ni..
Arwah: (diam smpil bertahan dengan tangan.)
Aku: abah...abah kenapa.. abah sakit ke? abah.. mengucap ye..?
Arwah: (senyap sambil air liurnya menitik2 kedalam bekas yg aku sediakan.)
Aku: abah ikot adik ye... "ashaduallaillahaillallah..wa ashaduannamuhammadarasulullah.." sambil cover suara aku menangis...takut abah sedih. :..(
Arwah: (ikut dengn terkumat kamit dibibirnya)
Aku: abah ikut lagi ye..."ashaduallaillahaillallah..wa ashaduannamuhammadarasulullah.."
Arwah: (ikut dengn terkumat kamit dibibirnya)
Aku: "ashaduallaillahaillallah..wa ashaduannamuhammadarasulullah.."
Arwah: (ikut dengn terkumat kamit dibibirnya)
Aku: ok abah..baring ye...  (aku xmampu menahan air mata yang laju bederai dipipi ku... aku lari ke ruang tamu dan aku menangis sepuas hati. aku sempat beritahu tunang aku, keadaan abah. aku minx dia EL t0k anta pergi hospital. tp, dia xboleh EL.. sbab die dh banyak kali kuar masa kerja, anta abah g klinik tukar tiub.) hmm..
Keadaan ni lah paling menyentuh hati aku. paling aku tak kan pernah lupa. Aku tak mampu nak angakt abah seorang diri,aku tak hantar pergi hosptal..

Petang tu pukul 5.30ptg, aku tengah layan cerita cina. Aku kedengaran abah seperti ada kahak di kerongkongnya. aku duduk betul2 depan pintu bilik. dan aku hanya menjenguk. Aku tgk jam pukul 5.30ptg, kol 6ptg aku nak bagi susu. Tpat pukul 6, aku nak bagi susu kat abah. Lalu, aku tengok abah keadaan tidur..fuh..lega tengok arwah tidur,nampak lena sangat.sebelum ni abah susah nak tidur, aku senyum. :) Aku lihat perutnya kempis je..xlalu nak minum susu...lalu buka tin susu.

KEJAP!!! kenapa perut abah seperti tiada nafas?????!! kenapa abah pucat???!!! YA ALLAH..! ape ni..!
aku cemas!

Aku: Abah! Abah! bangun Abah! (sambil menggonjangkan badannya.) Ya Allah! Abah!!! lalu aku mencapai talifon bimbit, dan call abang ipar yang berada di hospital jaga akak sakit perut malam tadi.Nenek pula, pergi ambk amad disekolah. hanya aku dan abah. Aku terlalu cemas!
Aku: ello! abg rdwan!!! abah!!!!
Abg ipar: knpa dgn abah??
Aku: Abahhhhhh...(sambil menangis tersedu2) abahhhh...abah dah tak ada....
Abg ipar: (pass tlifon kpd akk)
Akak: npa ngan abah cu?
Aku: Abah dah tak ada kak..... :..( abah dah tak ada..nafasnya dah tak ada, dah pucat. sejuk.
Akak: Ya ALLAH! bagitahu ktua blok. tak pun pergi rumah mak cik ujong tu.
Aku: k... :..(

Aku turutkan kata2 kakak aku. lalu jiran2 datang, dan jenguk abah. lalu.... mereka berkata... SABARLAH... ABAH DAH PERGI..ABAH DAH TAK ADA....

YA ALLAH....... aku berlari mendapatkan sekujur badan yang sejuk lalu capai tangannya, tak mampu berkata apa2..selain.. "Abah...maafkan adik....adik tak jaga abah betul2... adik minta maaf abah..." namun, tangisanku memang xdapat hidupkan orang yang telah pergi... takdir telah mengatur segalanya. Aku mencapai Yassin, lalu dduk dipenjuru katil dan membaca yassin. Jiran semakin ramai... dan sedara mara pun aku telah bagitahu. tiada saudara yang hadir, maka pengurusi surau segerakan mandikn jenazah dan lain2. Hanya sepupu aku yang dapat hadir, kerana yang lain2 jauh.. 


Abah..adik tak akan pernah melupakan abah. Walaupun abah tak ada...kenangan bersama abah masih subur diingatan. ABah..walaupun abah tak sesempurna orang lain, adik tetap berbangga dengan abah. Abah mampu menghidupkan keluarga walaupun tak seberapa. Ajaran2 abah, teguran2 abah... tetap akn ku amalkan dan jadikannya pedoman. Sekarang amanah arwah abah untuk menjaga nenek dan ahmad. iaitu ibunya dan cucu saudaranya.

Setiap kali aku pergi pasar malam, tentu tbayang2 arwah abah disana. aku hanya mampu menangis dan Al-Fatehah.

"kenangan bersama arwah Abah bersamaku selamanya. Moga Abah ditempatkan dikalangan orang yang briman dan beramal soleh.."