LiFe.LaUGh.LoVe

 



Gratisan Musik

Monday, March 28, 2011

[dream]

assalamualaikum..

apa sebenarnya ada dalam mimpi yer? suatu mainan tidur. begitulah bunyinya. aduh, ada juga yang bukan minan tidurkan. yela, kalau kita tidur, baca doa, apa semua kita dilindungi oleh malaikat. s0, mimpi yang muncul tu bukanlah minan tidur. erm, aku rasa aku dah lakukan  tu semua. sekarang aku tak tahu sama ada aku mimpi tu sama ada mainan tidur ataupun syaitan. huh? lecehnya. aku gelisah sungguh. sebab, aku harap apa yang aku mimpi yang kerap kali muncul dalam mimpi aku tu, jadi KENYATAAN! dan aku harap itu petunjuk untuk aku. Amin... [walaupun aku rasa agak mustahil, tapi siapa yang tahukan.]

kenapa ye aku cakap supaya jadi kenyataan? sebab, mimpi aku tu sungguh indah dan terlalu lalu indah untuk aku. bangun-bangun tidur je aku terus hampa. ingatkan betul-betul tadi,rupa-rupanya aku bermimpi. Ya Allah, mimpi tu buat aku terasa yakin. tapi kadang-kadang terasa sakit hati sebab BETUL KE AKAN JADI CAM TU. keliru. sakit kepala aku memikirkannya. aki banyakkan baca doa demi mengelakkan supaya aku bermimpi sedemikian, yang buat aku asyik terbuai mimpi-mimpi indah dan selalu buat aku BERANGAN!

Ya Allah, kalaulah mimpi itu jadi kenyataan. memang benarlah mimpi itu suatu petunjuk, namun kalau sebaliknya aku redha. TENGOK, betapa banyaknya 'KALAU' hanya kerana mimpi. parah dah ni. eh, aku tak cakap pun kan aku mimpi apa kan3. aku rasa tak perlulah aku cakap mimpi apa ek. nanti ada orang menyampah pulak. dan biarlah ia nya menjadi rahsia aku. haha. memang SWEET DREAM for ME! :D dah jadi kenyataan nanti aku KOMPEM! update at BLOG kesayangan ku ini.:)

last word dari aku, YA ALLAH jadikanlah MIMPI
ku itu jadi KENYATAAN. sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui.




LOVE MY DREAM!  ;D

Sunday, March 27, 2011

IBU/MAK/MAMA/MUMMY/BONDA dan sewaktu dengannya.

assalamualaikum...
tiba-tiba aku rasa nak cerita sesuatu yang paling serius dalam hidup aku. paling sensitif aku rasa. perkara yang semua orang dapat, dan aku tak pernah dapat. Seperti yang tertera di tajuk. yer, itulah dia anda dapat? :) terima kasih, tak perlulah bercerita pangajang lebar. ;D punca aku nak cerita ni sebab aku terbaca di atikel http://www.iluvislam.com/ . credit to ILUVISLAM. aku berul-betul tersentuh dengan artikelnya.

"Memang sukar untuk org lain percaya, tapi itulah yang berlaku, ibu saya memang seorang pembohong!
Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya.
Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan dan panduan anda semua.
Ambillah iktibar daripadanya dan hayatilah sebaiknya kerana itulah ibuku!
01.PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA - Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin.
Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan.
Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.
Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi mak cepat memujuk.
Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya untuk saya.
Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar.".
02.PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA - Ketika saya mulai besar, mak yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah.
Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.
Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.
Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.
Saya sedih melihat mak seperti itu.
Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan."
03.PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA - Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak.
Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur.
Saya melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk.
Saya berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi."
04.PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT - Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting.
Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu saya di luar dewan.
Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.
Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya.
Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.
Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk mak dan menyuruhnya minum.
Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus."
05.PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA - Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas adik saya baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga.
Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah.
Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak.
Anehnya, mak menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga.
Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka.
Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki."
06.PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM - Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua.
Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit, tetapi mak tidak mahu.
Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya.
Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut.
Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit."
07.PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH - Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara.
Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.
Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya, juga di luar negara.
Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara.
Pada pandangan saya, mak sudah puas bersusah payah untuk kami.
Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.
Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya.
Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang."
08.PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN - Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam saya menerima berita mak diserang penyakit kanser.
Mak mesti dibedah secepat mungkin. Saya menjenguk ibunda tercinta.
Saya melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan.
Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan.
Mak menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.
Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus.
Saya menatap wajah mak sambil berlinangan air mata.
Saya cium tangan mak, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya.
Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini.

Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit."
Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya.
Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata: MAK, SAYA SAYANGKAN MAK!
Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi mak lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga mak, sampailah saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Mak, maafkan saya. SAYA SAYANGKAN MAK...!!!"




so, apa yang korang baca, korang dapat tak impaknya. erm, bagi aku, terlalu mendalam dan meluluhkan haty aku dan mengalirkan air mata. seandainya aku dapat merasakan saat indah bersama ibuku....:( apa pun, aku harus kuat , walaupun[ cemburu ]dihati dengan sesiapa yang mempunyai ibu. perasaanku, begitu tersentuh. inilah kali pertamanya aku bercerita secara umum dan diketahui orang luar. selalunya, ini hanyalah apa yang terbuku dalam hati aku. now, walau apa pun keadaan ibu ku, dia tetap ibu ku sampai syurga. :..(

Thursday, March 24, 2011

Merisik atau Tunang, dan Nikah....[KaWen3.. hahahha]

assalamualaikum... erm... lama rasanya aku tak update blog aku nih. aku nak cerita pasal merisik, tunang dan berkahwin... hikhik... Merisik? ermm... mula-mula aku tak tahu pun benda-benda macam nih. tak ambik 'port' pun. yelah, aku muda lagi nak ambik tahu semua nih. walaupun, aku dah ada sijil kursus kawen. hahahaha.. jadi tak ambik 'port' bila dah putus punya kes la nih. eh2.. lain cerita dah nih. ermm.. berbalik cerita tadi.

aku nak cerita pasal ni sebab aku teng0k ramai dah kawan2 aku yang dah jadi tunang orang, laki orang, bini orang. dah jadi ibu dan bapak kepada anak pun sudah. haishhhh... bahagianya, kan. haa... aku bukan gatai nak menikah ka pa. saja je nak menulis. haha. cemburunya teng0k mereka2 bahagia dengan keluarga sendiri. macam terpikir nak ada keluarga sendiri jer.. [oh h0oi...! gatal!] eh2... tidak ler...


Sabda Rasulullah swt "
MaksudnyaDaripada Anas r.a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku.


Allah S.W.T menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih-sayang, bahagia, dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah.

haa...bukanlah saja2 kan. ngeh3. apa2 pun tahniah buat korang yang dah kawen, dah de baby, dah tunang... dan juga yang nak bertunang tu. ;D erm.. hampir terlupa. untuk kakakku jua. Alhamdulillah...jodohnya sampai awal.

erm.. orang kata, nak kawen nih, kena ada langkah2nya. MERSISIK, BERTUANANG dan BERKAHWIN... merisik? ha.. nih sebahagia yang aku selidik lah..


ADAB MERISIK
Seperti lagaknya penyiasat, bakal menantu harus juga dirisik. Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Kadang-kadang secara berjenaka kebolehan seseorang memasak juga ditanya. Jika seorang perempuan itu diketahui sudah tidak dara lagi, nilai hantaran belanja kahwinnya  akan terjejas. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya. Sebelum datang biasanya jumlah rombongan pihak lelaki akan ditetapkan dengan pihak wanita.

Bagi pihak si gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik serta mampu menyara wanita terbabit.

Adakalanya semasa merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan dan juga perkahwinan. Ada kalanya hantaran untuk perkahwinan juga ditetapkan. Ada sesetengahnya juga membawa beberapa dulang hantaran. Merisik ini biasanya dilakukan oleh mereka yang berasal dari utara Semenanjung. Sesetengah pihak menganggap upacara ini tidak perlu diadakan kerana kadangkalanya pasangan telah keluar bertahun-tahun dan amat dikenali oleh ibubapa masing-masing. Oleh sebab itu adat merisik jarang dilakukan lagi, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.

ADAB BERTUNANG

Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya, pihak keluarga lelaki akan menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan. Urusan peminangan akan dilakukan oleh kaum keluarga terdekat pihak lelaki. Adat ini dilakukan bagi menyatakan tujuan mereka yang sebenarnya secara rasmi. Jika tidak dibincangkan di majlis merisik atau majlis merisik tidak dilakukan, hantaran, tarikh dan jumlah rombongan yang akan datang untuk upacara akad nikah akan dibincangkan.


cincin tuanang
Pihak lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga dan saudara mara terdekatnya untuk upacara bertunang. Pada hari tersebut, majlis kenduri/jamuan ringkas akan diadakan bersempena pertunangan tersebut di rumah pihak perempuan. Hantaran yang terdiri daripada tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan lain-lain yang telah digubah akan diberi kepada pihak perempuan.





             
sirih junjung
Mengikut adatnya juga, sekiranya pihak perempuan mempunyai kakak yang masih belum berkahwin, hantaran untuknya juga turut diberikan. Adat ini dipanggil langkah bendul. Bilangan hantaran agak unik kerana jumlahnya ganjil iaitu samada lima, tujuh, sembilan, sebelas atau tiga belas. Jumlah hantaran yang diberi oleh pihak perempuan pula akan melebihi jumlah hantaran pihak lelaki. Adat menghantar belanja turut diadakan semasa adat bertunang ini dijalankan. Namun begitu ada juga yang menjalankannya secara berasingan daripada adat bertunang iaitu mengadakannya beberapa minggu sebelum majlis persandingan dijalankan.

Upacara ini akan dimulakan dengan wakil pihak lelaki menyerahkan tepak sirih kepada wakil pihak perempuan dan menyatakan lamaran mereka secara rasmi. Pantun sering digunakan dalam upacara ini bertujuan untuk memeriahkan majlis. Setelah pertunangan diterima secara rasmi, wakil kedua belah pihak akan berbincang tentang belanja perkahwinan, tempoh pertunangan dan lain-lain hal yang berkaitan. Tempoh bertunang lazimnya dalam masa setahun ataupun mengikut persetujuan kedua belah pihak. Satu perkara yang turut dititikberatkan ialah berkenaan putus tunang. Sekiranya pihak lelaki yang memutuskan pertunangan tersebut, semua wang hantaran dan belanja yang diberi kepada pihak perempuan dikira hangus, sebaliknya jika pihak perempuan yang berbuat demikian, semua hantaran harus dikembalikan sebanyak dua kali ganda.



Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat sarung cincin di mana wakil pihak lelaki yang terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan menyarungkan cincin pertunangan atau cincin tanda ke jari manis gadis yang dilamar. Setelah itu rasmilah sudah pertunangan tersebut.





AKAD NIKAH

Akad nikah merupakan satu acara yang paling penting dan wajib dalam perkahwinan masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam. Ia bukan suatu adat tetapi lebih kepada ajaran agama dan merupakan kemuncak kesahihan sesuatu perkahwinan. Jika dalam kristian, "wedding vows and kissing the bride"adalah kemuncaknya, perkahwinan dalam Islam disahkan dengan lafaz nikah. Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau pun di rumah pengantin perempuan dan dijalankan oleh tok kadi atau imam. 

Di dalam upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya. Walau bagaimanapun, dia juga boleh mewakilkannya kepada tok kadi atau imam.
Kebiasaannya majlis akad nikah akan dijalankan di rumah pengantin perempuan sehari sebelum majlis perkahwinan diadakan. Pada hari tersebut, pengantin lelaki akan mengenakan baju melayu berwarna cerah (biasanya putih atau cream) dan majlis diadakan menyerupai majlis pertunangan. Lazimnya sementara menanti kedatangan rombongan pengantin lelaki, majlis berzanji atau pukulan kompang diadakan.

membacakan lafaz nikah sambil berjabat
 tangan dengan pengantin lelaki

wang hantaran
Sebelum upacara dijalankan, wang belanja, mas kahwin dan lain-lain hantaran akan diperiksa oleh tuan kadi dan dua orang saksi bagi pihak perempuan. Seterusnya pengantin lelaki akan duduk di atas sebidang tikar di tengah-tengah majlis. Dalam waktu moden ini, lelaki akan duduk di atas bantal empuk/gebu. Tapi yang hairannya Tok Kadi hanya duduk di atas hamparan biasa sahaja. Nyata sekali hanya pengantin lelaki yang diraikan. Tok imam atau tok kadi akan menemui pengantin perempuan di dalam bilik untuk bertanyakan samada dia bersetuju atau tidak dengan pernikahan itu. Tok kadi juga akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara umum akan tanggung jawab suami isteri dan lain-lain hal berkaitan rumahtangga dari sudut agama. Selepas itu, tok kadi atau imam akan membacakan lafaz nikah sambil berjabat tangan dengan pengantin lelaki dan pengantin lelaki dikehendaki mengulangnya sebaik sahaja tok imam menggoncangkan tangannya. Lafaz nikah berbunyi "Aku nikahkan dikau….(nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak …..(mengikut negeri) tunai" dan disambut oleh pengantin lelaki dengan lafaz berbunyi "Aku terima nikahnya..(sama seperti yang dilafazkan oleh tok kadi). Saksi akan mengesahkan samada lafaz tersebut jelas didengar atau tidak, sekiranya tidak jelas, pengantin lelaki tersebut akan mengulangnya sehingga saksi tersebut berpuas hati. Doa selamat akan dibaca sejurus selepas itu sebagai tanda kesyukuran kerana kedua-dua mempelai telah selamat diijabkabul.

haa..itu je lah yang aku dapat... nih pun aku petik dari "http://www.syokkahwin.com/persediaankahwin/prosedurkahwin.html" huhuhu..... tahniah buat kawan2 ku yang dah secara rasminya jadi hak milik orang.... jadilah isteri yang solehah.... insyaALLAH, iseri yang solehah ditempatkan didalam syurga. itu janji ALLAH... ;D dan, kaum adam pun... pupuk dan ajarilah isteri kamu untuk ke sana. insyaALLAH, kamu juga akan turut kesana. :D pesanan untuk semua dan mungkin suatu hari nanty, untuk diriku sendiri. apa yang baek, datang dari Allah. mana yang buruk, datang dari diri sendiri. renung2kan dan selamat beramal.... ;D peace no war! ok, sekian. wassalamualaikumu w.b.t.



Wednesday, March 2, 2011

A..

Assalamualaikum...seperti biasa salam adalah pembuka bicara.

setelah beberapa bulan kami lalui pelbagai rintangan dan dugaan. walaupun kami mengeluh, itu tidak bermakna kami tewas sebelum berjuang. kami semakin tekad dan kejar target yang kami inginkan. apa yang aku maksudkan ni? erm.. aku maksudkan terlalu banyak rintangan yang kami lalui untuk siapkan final projek. huhu. demi persahabatan, kami sanggup perjuang. demi berjaya bersama-sama, kami sanggup teruskan usaha. kami lalui halangan dan dugaan itu secara perlahan dan rileks. mungkin terlalu banyak kami mengadu kpada Allah dan berserah kepada Allah, supaya kami dapat keputusan yang cemerlang dalam projek kali ini.

hari demi hari. bulan berganti bulan. akhirnya, kami berjaya siapkan documentation project dalam tempoh yang kami tetapkan. Alhamdulillah.... kami menghitung hari untuk pembentangan pula. Akhirnya, tibalah 25feb.. masing2 cuak dan menggigil. yelah, final projek kan.. pembentangan bukan jenis macam nak buat biasa2. fuhh.. macam-macam doa terselit dalam kepala nih. huhu. saat tu la doa penuh di dada. hehe;D

akhirnya..kami selesai tugas kami sebagai pelajar diploma. selama 3tahun kami tunggu. kini, tamatlah sudah. selesai presentation, masing2 memikirkan result. aduh. sebab, ada buat tajuk yang sama. erm. tak apa, kami yakin dengan usaha kami. walaupun kadang2 rasa down~ huhu.

selang beberapa hari kemudian, aku berjumpa dengan supervisor dan manager projek kami. aku bertanyakan tentang result yang kami perolehi. dengan tenangnya, manager kami kata kami dapat A! Ya Allah, perkara memain2 ke betul2 nih. walaupun kami target paling teratas, apa yang kami peroleh, kami bersyukur tidak terhingga. setinggi2 bersyukur kepada Allah. rupa2nya dugaan yang kami lalui, kami lalui dengan kesabaran, dan inilah hasilnya. projek kami, CEMERLANG! terima kasih Ya Allah. :)) dan terima kasih juga kepada supervisior dan manager kami, ms suzana and mr. fahmi.

walaupun kami berempat sahaja,berbanding yang laen, yang tidak kurang hebatnya. kami tetap dapat bergabung tenaga dan idea demi menjayakan pr0jek ini. terima kasih juga kepada sahabat seperjuangan yang beri kerjasama yang baik. mungkin ada usul2 tidak puas haty, maafkanlah. kita dah pun dapat A, dlm hasil SENI kita. hehe;D

ALLHAMDULILLAH, BERSYUKUR KEPADA ALLAH, BERSYUKUR SEPANJANG WAKTU....~