LiFe.LaUGh.LoVe

 



Gratisan Musik

Monday, November 9, 2015

pembedahan gigi geraham bongsu part-2

assalamualaikum..
keadaan gusi aku yang kena operate tuh hari ke 4,5:
ok fine, sakit berdenyut2! hadoiiii... aku rasa makan ubat tahan sakit tetap sakit. aku tukar makan panadol aktifast. woaa... tak sakit okey.. cume rasa sikit je. kalau tahap sakit tu aku bagi 1. huhu. jadi,aku pun teruskan la untuk makan panadol. tak pe kot? huhu.

hari ke 6,7 dan hari ni hari ke  8:
dah tak sakit. alhamdulillah. tapi jadi sakit bila pegang anak si farid kameel tuh ( cett farid kameel mu! kameel syakirin) apsal tiba2 farid kameeel? sebab mak cik belakang umah ni kata wahh nama macan artis.. kamil2..ape? farid kamil?  haha.. ape pun tak boleh la mak cik ni. fanatik la tu dengan farid kamil. hahaha.. oi, topik lain dah ni.. hahaha.. sambung balik, ha..  die boleh pulak nak main laga2 pipi. laga2 tak apa lagi.. di dekatkan kat pipi aku nih di gigit. ok fine, thanks ,baby!! erghhh... mule denyut2 balik. hari ni dah la nak buka jahitan. oh maiiiiii.... aku cuba tarik benang yang kelihatan ni pun , woow! sakit. aduhh.. redha je la... kalau tak buka takut melekat dengan daging ,lagi seram.

tengah tunggu turn. pukul 11am baru tiba kat klinik, memang lama la tunggunye.. haishh..

moga tak sakit la nak buka jahitan ni. ok,habis certa gigi bongsu. bai. huhuhu..



Wednesday, November 4, 2015

pembedahan geraham bongsu part 1

assalamualaikum..
setelah sekian lama sakit gigi bongsu, 2.nov.2015 telah tiba masanya aku buang gigi tu. rela sakit sekali dari berkali kali. hari ni dah hari ketiga. sakit bagai nak tercabut nyawa hoiiii...

hari pertama:
macam biasala tunggu turn kat klinik kerajaan sejam baru panggil. tak ada la rasa berdebar sangat,sebab rasa lega nak buang terus gigi yang sakit ni. ok, nama aku pun dokter dah panggil. mula dup dap dup dap. haha.. dokter terangkan segalanya lepas cabut akan rasa sakit utk 2-3hari, akan bengkak, seminggu lepas tu akan buka jahitan.

aku ok kan je,sebab tak nak pk lebih2 nanti aku cancel lak. nasib baik batuk dah baik sikit. dokter mula ambil jarum untuk bius supaya sepanjang pembedahan tak rasa sakit. nahh.. memang kebas,tak rasa apa2. sejam lebih juga dokter dok godek dalam mulut aku ni. gigi degil tak nak keluar. dokter siap cakap "come to me baby.. baby girl ke boy ni.." hah, aq senyum je. aku pun tak tau cam mana rupa senyum. mulut kebas. hahaha..

selama 1jam30minit selesai sudah.. fuhh lega... dokter suruh kumur,aku rasa mulut aku tak boleh tutup rapat lak. yela,kebas.. senget jadi mulut aku. hahaha.. aku mula operet pukul 3ptg.. 4.30baru siap. pukul 7mlm baru ubat kebas hilang. perghhhhhg.... rasa nak gelepor atas lantai..nak golek2 guling2 kesakitan yang amattttt tersangat. hoiii.. sakit cabut gigi aku dah macam hape, terbayang,macam mana saat sakaratul maut datang mnjemput. perghhh... allahuakbar... sakit sakit sakit. nasib dokter bagi ubat tahan sakit.. so nak tidur tak ada la rasa sangat. makan soft diet je la.. balik terus masak bubur..

hari ke 2:
alhamdulillah, dah tak sakit..dah boleh buat kerja rumah,masak dan sebagainya. makan pun macam biasa... n makan ubat ikut time la kan. tapi, apsal malam terasa sakit ni............... huwaaaaa.... sakit sakit sakit.

hari ke 3:
Ya Allah... kenapa teramatlah sakit walaupun dah makan ubat. tapi paksa juga buat kerja2 rumah,wlaupun rasa macam nak baring je.. kerah juga sampai pukul 10... lepastu memang dah kondem. mampu menulis je ni ha. haha... adoiii.. kenapa hari ni terasa macam mula2 hari tu. sakt sampai berdebar.. bengkak tu biasa la kan. hohoiii... terbaring je la jawabnya. sambil2 aku google la macam mana nak hilangkan sakit, hm.. tak ada cara dah. maian ubat je. baca kat blog lain pun same je pengalamannye. hari ke 3 memang bengkak dr biasa. dan sakit sikit. (sikit pn aku rasa macam contraction nak beranak kot..hahahah)

ape nak buat.. tahan je la... tengok esok pulak kot rasa sakit melampau,ke klinik lah kite... huhu. aku tak ada pula ambil gambar, yela sakit.. nak buka mulut pn,alahai. minima 2inci je mampu buka. hahahadoiiiiiii..ok bye. kikiki esok2 lak.



Tuesday, October 20, 2015

Discaj 29/10/15


alhamdulillah, dah dapat discaj dan kameel tak ada pape penyakit berjangkit yang serius.  penat nya ya rabb... yela, penat jaga tidur pun merekot atas katil hospital tu. ni aku pula rasa nak demam.

penat ke hulu ke hilir. yela, nak discaj kena turun (nasib tggal baby kat wad) pergi bayar dan naik balik semula tingkat 7d bawa resit. dah ambil resit dukong la si kameel dengan beg galas belakang, ambil ubat. selesai ambil ubat pergi kat parking kereta. lereta pulak kena blok! adoiii.. dah la jauh nak ke tempat parking. masuk balik dalam hospital terkedek2 dukong anak, cari guard kat dalam suruh tolak kereta blok tu.

fuhh.. selamat.. dah boleh drive balik. erm.. bila dah biasa berdikari orang tahu kita boleh berdikari, memang macam ni la. lebih baik jadi isteri tak tahu pape, mesti jadi permaisuri. haha.  (aisya ko jangan nak berangan) haha. tu orang kata, bila suka,gembira,seronok sama2, bila kau susah, pandai2 la kau nak hidup aisyah oiiii... haha. sedey.

pape pun, aku kuat untuk anak2. anak2 ku.. ummi sanggup buat apa sahaja,berkorban apa sahaja untukmu. ummi tak mengharap apa2..ummi cume berharap anak2 ummi jadilah insan yang berakhlak yang berjaya dunia akhirat. insyaAllah.. andai ummi tak ada suatu hari nanti belajarlah hidup berdikari jangan terlalu mengharap dekat orang lain dan ummi sentiasa mendoakan ank2 ummi.. love u


son, muhammad ehsan fitri dan kameel syakirin. jadilah indah seindah namamu. amin...


Sunday, October 18, 2015

kameel warded

assalamualaikum w.b.t..

minggu lepas si abang yang demam dan kena masuk wad. kuman dalam paru-paru. ye lah, abang dah selalu masuk wad sebab batuk yang berpanjangan. dokter kata kuman dalam paru-paru. erm, mungkin tak serius. tapi,bila aku fikir fikirkan, bunyi macam serius dan bahaya. ibu mana tak fikir bukan bukan kalau anak sakit. hm... ntah la. sakit tu boleh sembuh ke? hm.. suami kawan tempat kerja aku meninggal sebab kuman dalam paru2. anak linda rafar pun meninggal sebab kuman  dalam paru paru. ya Allah.. semoga ehsan anakku tidak mengalami sakit serius.

itu cerita abang. kali ni adik pula yang warded dari 15/10/15 sekarang 17/10/15  masih belum boleh discaj. kameel warded sebab demam seminggu tak kebah. dah demam,batuk,selsema..memang meragam malam la jawabnya. so, decide bawa pergi klinik kesihatan (kk) untuk kali ke 3. dokter cek ,bagi surat refer ke hospital. dengan tidak melengahkan masa, dah la lapar tak breakfast pagi,sebab aku jenis cepat panik ,yela, dah panasss sangat suhunye..38.6..jadi dah tak hiraukan diri sendiri.anak atau keluarga lebih penting. dah dapat surat refer aku terus balik ambk pampes takut kameel si adk berak2 dan bergegas ke hospital berdua dengan kameel sambil napkin basah atas kepala.

panas tengah hari yang membuatkan aku lebih cepat lapar sebab breastfeeding. ayooo..lapar tahap gaban. aku mesej la suami suruh datang waktu lunch ,jaga adik sekejap bagi ruang untuk aku makan. hm.. dia bz di tempat kerja katanya tak boleh databg. ok ,tak apa lah. tapi,yang mendatangkan gunung berapi volcano meletup bila mesejnya "kenapa tak makan dulu sebelum pergi" hohoii.. pansd pulak hati aku ni. memang betul la apa dia cakap, tapi........ agak2 dengan suhu 40.1 ibu mana yang boleh makan2 dulu dengan tenang eh. . kalau kau ibu boleh begitu tanpa fikir takut anak sawan, kau mmg hebat. aku tak!

so, doc kata kameel kena tahan wad ye. sebab kurang air dan panas terlalu tinggi. 2malam juga di hospital suhu masih tinggi dan cirit birit. dah admit, apa lagi.. sesi doc interview aku lah .. macam2 ditanya. kebetulan .....atuknya baru balik dari mekkah.. batuk demam selsema. ha! isu virus merscovV. memang docter suspect la. kena tukar wad kuarentin.

adoiiii.. kebosanan sungguh. mana tidaknya berdua je dalam wad ni. tak ada sesiapa boleh masuk melawat kecuali ibu bapa sahaja. nah. . mampus aku tak boring, tak sedih.  tak ada sesiapa pun datang melawat. huwaaaaaaaa.. termasuk bapaknye. sabar je la adik. . bapak awak tu sibuk dengan politik.. bhinpun kat kelantan tu. aishh... biarkanlah.. awak kan demam biasa je. tak perlu risaukan pun. . patutlah melahirkan dan menyusukan Allah pilih wanita yang menjadi ibu. . so,redha je la tak ada sesiapa datang tengok.

sekarang tengah tunggu doc datang cek dan nak tahu status kameel macam mana. boleh discaj ke tidak. hm.. ujian... rasa down, rasa tak semangat, rasa kecewa.

beruntunglah,bersyukurlah sesiapa mempunyai kebahagiaan dalam hidupnya.. mempunyai orang mampu susah senang bersama. ingat, bersyukurlah.  :))

"menangis dalam senyuman itu tanda aku ingin ketenangan"






Thursday, October 1, 2015

2nd baby dan surirumah

assalamualaikum... 

ya AlÅ‚ah lamanya tak buka blog ni.. last post hari tu "to be continue.." hahaha..xde masa langsung nak buka. sehingga mungkin ada orang yang rajin buka blog aku ni untuk baca. ni yang baru ada masa nak buka. ini pun ngelat2 sikit... sebab tengah jaga anak. haa.. cabaran anak 2. 
aku 
aduii... kepenatannya yang ada anak 2 je lah yang tahu. rupanya kalau berkerja tak ada la rasa penat jadi fully housewife. dah jadi housewife ni serba serbi tak kena. hmm... tak terkejar. lagi lagi menumpang rumah mertua.

anak kedua ni pula jenis suka menangis. nak kena hadap muka ummi je depan dia sentiasa. susahnya nak buat kerja. nak kena tunggu afik tidur baru boleh buat kerja, masak, basuh baju, sisai kain, mop lantai, sapu sampah, buang sampah , layan anak sulung... hurmmm.... ini pun afa lagi yang komplen aku pemalas? how come you!!! 

cuba ganti tengok duduk tempat aku! haishhhhh makan dalam sungguh. aku sabar jeeeee... hilang sabar aku, hm... jangan salahkan aku terjadi apa2 suatu hari nanti. tengah fikirr nak kerja. tapi, sekarang gaji yang nak bagi aku pun rm900. hoi, anak 2, 900 agak2 aku kerja memang habis kat bayar pengasuh rm500= 2orang. minyak lagi , makan, parking sume berbayar. haishh.. pasrah. 

memang aku ada diploma. tapi alahai.. tidak lagi laku. nak ambik dgree lak. anak2 macam mana. fees macam mana. hm... apa2 nak buat sekarang. anak di fikirkan dulu. nak jadi surirumah sepenuh masa. ye la, menumpang.. orang tak senang tengok kite TAK BERKERJA. PEMALAS. is ok. masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. 

aduii..tengah tulis blog. anak menangis...dok meniarap mengensot cari barang2 yang boleh masuk dalam mulut pulakk.. ok. bye. 

ada masa aku update lagi.
salam,