
Salam.
Aku Terfikir dan tiba2 berfikir. haha. Kawan aku, seorang pelajar yang pandai. Belajar bidang sains, dapat anugerah DEKAN lagi. Ya Allah, bijaknya dia. Aku tengok dan baca blog dia, Ya Allah, kenapa aku cemburu dan iri hati! Kerana, aku hanya insan biasa [hehe!] dan aku rasa aku bukan seperti dia. Pandai dalam pelajaran, pandai menjaga imannya, pandai menjaga akhlaknya dan auratnya. Subhanallah. Indahnya ciptaanMU.
Aku tertarik dan terlalu BERMINAT+TERUJA+TERiri hati tentang pencapaian dia. URHH! iri hati pulak.
RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: “Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain”.
(Riwayat Hadith al-Bukhari) Huraian
1. Islam melarang umatnya berperasaan hasad dengki dan iri hati melainkan kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebaikan Sahaja.
2. Islam tidak membenarkan orang yang mengeluarkan hukum tanpa terlebih dahulu merujuk kepada al-Quran dan Hadith, sebaliknya melayani tekanan hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri semata-mata.
3. Islam melarang umatnya berperasaan cemburu buta dan iri hati terhadap sesama manusia melainkan didalam dua perkara:
i) Merasa iri hati terhadap orang yang beramal dengan ilmu yang dipelajarinya serta mengajarkannya pula kepada orang lain.
ii) Orang yang dikurniakan harta dan membelanjakan hartanya itu dijalan yang diredhai oleh Allah.
JADI, maksudnya, aku bukan la iri hati sampai aku nak memudaratkan pencapaian dia. Apa yang aku iri hati sangat tentang dia, BAGAIMANA CARA DIA BELAJAR? BAGAIMANA DIA MENGATUR MASA? BAGAIMANA CARA DIA MENGULANG KAJI, BAGAIMANA CARA DIA MEMBUAT NOTA?. Jika dia boleh, KENAPA aku tak boleh. haa..Ya ALLAH, BANYAKnye SOALAN berbanding JAWAPAN. [hehe!tak kesah la, janji akan terjawab nanti].
Andainya aku berada ditempatnya, begitu indah duniaku. huhu. Apa2 pun, aku akan cuba menjadikannya sebgai CONTOH untuk aku, atas pencapaian yang TERBAEK! dia.
TO HER: TAHNIAH dengan kecemerlangan KAMU! pastikan , kamu sebegitu selamanya di dunia dan akhirat! insyaALLAH. salam dan doa untuk kamu, sebagai IDOLA saya! ^_^
No comments:
Post a Comment