LiFe.LaUGh.LoVe

 



Gratisan Musik

Monday, August 22, 2011

Melabur ASB, untuk masa depan^_^

Assalamualaikum.. salam ramadhan ya sahabat.
^_^haa.. agak lama blog aku sunyi dengan celotehan aku. Yang ada hanya lagu. hihi:D aduh.. raya makin hampir, masa ni la bajet aku lari.. err..nak dikejar memang tak dapat lah kan. lari bukan sebab apa, aku dah banyak bulan aku skip nak masukkan duit kat buku ASB. memang kne kejar balik.

Almaklumlaaa.. hidup kena berdikari, s0, kena la ada pelaburan kecil2lan walaupun sedikit sumbangannya. haha. bak kata orang, biar sedikit, lama2 jadi bukit. s0 kena la rajin menyimpan. Aku kadang2 was2 jugak pasal ASB nih, tapi setelah aku dapat nasihat dari ustaz, aku terus pergi buat buku ASB. Ustaz aku cakap, tak haram. Jadi, memang tak pikir panjang la.

Sekarang isu tu dah naik balik. Aku tanya rakan2 sepejabat katanya HARAM pulak. aduh.. terkehel dan terbantut aku dibuatnya. Dan aku cari la sumber2 ilmu dari internet. salah satunya aku petik dari artikel :: http://dakwah.org/blog/?p=137 ::    


Hukum Amanah Saham melalui keputusan Fatwa Negeri mengenai pelaburan ASB ini :
Fatwa Negeri yang memutuskan ianya adalah HARUS :
1) Keputusan Fatwa Negeri Sarawak : Harus
2) Keputusan Fatwa Negeri Perak : Harus dan keuntungannya halal
Fatwa Negeri yang memutuskan ianya adalah HARAM :
1) Keputusan Fatwa Negeri Selangor : Haram
Manakala, keputusan Fatwa Negeri Terengganu telah memutuskan jawapan yang kurang pasti. Dalam erti kata lain, sebarang pelaburan yang menyalahi hukum syarak maka hukumnya adalah haram.
Sampai ke hari ini saya/kita masih menunggu keputusan dan jawapan dari Mufti Kebangsaan mengenai hukum pelaburan di ASB ini. Kelemahan yang paling nyata di dalam pengurusan pelaburan ASB ini (yang dikendalikan oleh pihak PNB) adalah apabila tiadanya ahli majlis penasihat syariah suruhanjaya sekuriti yang mengkhususkan (memantau dan memastikan) pelaburan tersebut dilaburkan ke kaunter yang mengikut hukum syarak dan halal. Rujuk semula prospektus dan lihat di manakah ianya telah dilaburkan.
RASULULLAH S.A.W telah bersabda: “Sesungguhnya yang halal itu jelas, dan sesungguhnya yang haram itu jelas. Dan di antara keduanya adalah (perkara-perkara) yang syubhat (serupa, samar, tidak jelas), yang kebanyakan (umumnya) orang tidak (dapat) mengetahuinya. Maka barangsiapa yang takut (menjaga diri, berhati-hati) dari perkara yang syubhat itu, maka dia telah menjaga (membebaskan, membersihkan) agama dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang terjerumus kepada yang syubhat, maka dia terjerumus kepada yang haram. Seperti seorang penggembala yang menggembala di sekitar tempat yang terlarang, hampir saja dia akan masuk ke dalamnya. Ingatlah bahawa setiap raja/penguasa mempunyai batas/larangan.Ingatlah bahawa batas/larangan Allah itu adalah perkara-perkara yang diharamkannya. Ingatlah bahwa sesungguhnya di dalam jasad (tubuh seseorang) itu adan segumpal daging, ia baik maka akan baiklah jasad itu seluruhnya. Dan apabila ia rosak, maka rosaklah jasad itu seluruhnya. Ingatlah ia itu adalah hati.”
[Sahih Muslim: III: 1219-1220; Kitab Al Musaqat]
Astaghafirullahal azim..begitu rumit dunia dizaman sekarang, perkara yang HARAM , di HALALkan. Moga aku dilindungi dan diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t dari terjerumus perkara yang melanggar syarak. InsyaALLAH. Dengan itu, aku haruslah segera menukar/pindah ke buku akaun yang lain dan pasti HALAL. :) 
renung2kan...^_^