LiFe.LaUGh.LoVe

 



Gratisan Musik

Friday, May 3, 2013

:: 24 minggu ::

Assalamualaikum...

Ya Allah.. Alhamdulillah.. Minggu ni genap 24 minggu.. Bersamaan, 6 bulan kandungan umi. Syukran ya Allah.

Anak umi dalam perut ni semakin lama,semakin aktif.. Sampai umi nak tidur pun, di tendang2 sampai terasa nak terkucil. Huhu. Pengalaman yang indah,walaupun,sukar... Bukan sukar apa.. Kerap nak ulang alik ke bilik air.. Haishh.. Tak apa lah.. Demi mu sayang.. ;)

Next appoitment 16 mei 2013.. Ya Allah.. Apa la yang nurse akan buat kali ni. Cukup2 lah injection.. Haha. Tapi, kalau untuk kesihatan baby, ku sanggup kan aje. ;D

Makin hari, makin dekat nak bulan 8.. Tak fikir nak raya dah. Fikir nk tengok baby je. Huhu.. Mudah2an, Allah kurnia kan kami zuriat yang sihat.. Amin..

:: checkup 21 minggu.::

Assalamualaikum..
18.april.2013..

Seperti biasa ibu2 mengandung yang lain.. Bangun pagi,kalau appointment ambik pagi.. Dah bangun,gosok gigi,sabun2 dan sebagainya..

Hari yang malas untuk pergi checkup. Manalah aku tak malas, pergi pukul 7. Ambik nombor 7.30am. Tunggu kalai sekejap tak apa lah jugak. Ni berejam lamanya nak tunggu. Dah la pergi klinik kesihatan ibu dan anak seksyen 19 ni sorang2. Suami kerja. Bapa mertua aku tak bagi dia cuti,semata2 nak teman pergi klinik. Haishh.. Sabar je lah..

Haa.. Sambung balik topik tadi.. Dah sampai klinik ambik nombor dan sebagainya.. Tibalah giliran aku untuk timbang, tekanan darah, HB, dan ukur janin. Erm, berat aku ok. Berbanding bulan lepas sampai 3kg naik. Mana nurse tak bising. Dari 56kg ke 59 kg. Fuhh.. Tok tek,tok tek. Nurse. Nurse pesan sebulan kena naik 0.5kg je. Aku,ok kan je. Haha.

Nasib baik berat aku kali ni, 59.9kg. Tak ada lah nurse bising. Haha..nurse cakap bagus lagi. Dah berat,tunggu lagi untuk ke kaunter tekanan darah. Ok,nombor aku dah di panggil. Tekanan darah pun ok..alhamdulillah.. 166/63bp. Erm, stesen seterusnya.. Tunggu lagi,untuk.pemeriksaan tggi janin.

Tiba giliran aku , suruh masuk bilik dan baring. Janin dah 21cm. Uihh.. 21cm eh.. Bulan lepas 16cm. Huhu. Cepat anak umi membesar. Then, dgr jantung baby. Tersenyum umi.. ;) erm.. Perkara biasa jugak..nurse berpesan, banyakkan minum air masak,makann yang berzat. Ye.. Aku dah amalkan. Nurse pun tahu.. Sebabnya HB aq 11.00. Haa.. Turun sikit dari bulan lepas, 11.5.. Mungkin stress sikit.

Selesai dengan nurse, aku tanya,boleh balik.ke? Dengan senyuman yang manis dilemparkan, eh, tak.boleh balik lagi puan. Kejap lagi kena cucuk ubat kancing gigi. Hmm... Cucuk pulak. Aku tak kesah pun. Aku tunggu je la.. Sampai nama aku d panggil.

Masuk dalam bilik tu,standby dah lengan untuk di cucuk. Nurse cakap, "tahan sikit, ubat ni buat awak lemah sekejap. Nak cucuk tangan mana?" aku jawablah, "tak.kesah". Nurse, " tangan mana selalu buat kerja?". Aku jawabla "kanan" ok,kita cucuk blah kiri. Erm..ok..
Dah masuk ubat.. Fuhhh... Akit wooooo!!

Then,selesai........boleh balik. Fuhh..alhamdulillah..

Tapi... Petang tu, aku rasa macam nak demam. Sakit tekak,hidung berair. Adoi.. Memang tepat jngkaan aku! Demam sudah hari ni. Huk,huk,huk..kuat betul penangan ubat tuh. Haishh.. Aku demam, baby pun kurang aktif. Aku risau. Aku dah la susah nak demam. Sekali demam, susah nak baik. Alahaii... Mudah2an cepat baiklah. Tak larat rasa.

Sempena aku demam, mak mertua masakkan sup ikan merah. Wuuu..sedap! Trima kasih mak!!! ;) ok, thats all.. Daa... Salam..