LiFe.LaUGh.LoVe

 



Gratisan Musik

Thursday, June 30, 2011

artikel "18hari lagi" ke 6 bulan lagi



salam...........


Apa yang aku rancang telah pun berubah. Ye, Allah Maha Mengetahui dan Allah yang akan tentukan. Dan, itu adalah yang terbaik. Kenapa 18hari pinda ke 6 bulan lagi?

kesahnya, 18 hari lagi tu, untuk aku daftar sebagai pelajar di sebuah universiti swasta. Namun, Allah telah takdirkan aku untuk tunda sampai tahun depan.


haha! nonsense je!!
Aku tak bersedih. KENAPA? alhamdulillah, aku dapat kerja. THATS MY 1ST JOB! Ya Allah, INDAHNYA TAKDIRMU. Aku bersyukur. Sepertinya, MATA DUITAN pula kan? TUNDA BELAJAR, semata-mata nak bekerja. erm, aku tak akan buat sedemikian kalau itu bukan kerja kerajaan.

BERSYUKURNYA aku tidak terkata! pengalaman bekerja disekt0r kerajaan di SHAH ALAM. walaupun SEPARA MASA, itu cukup untuk kumpul dan dapatkan pengalaman!huhu.!  lagi, MUKA AKU yang TAK PERNAH BEKERJA. ^_^

Es0k bermulalah sesi pekerjaan aku. aku harap, aku dapat buat kerja dengan sempurna dan tanpa mendatangkan MASALAH YANG BESAR.aminnn... hehe!

ok lah, es0k aku cerita macam mana pengalaman aku untuk kali pertama bekerja. ^_^
selamat MEMBACA! wassalam.......

"YA ALLAH, MUDAHKANLAH URUSAN KU,YA ALLAH"aminn....~

Wednesday, June 29, 2011

Terfikir dan Berfikir




Salam.

Aku Terfikir dan tiba2 berfikir. haha. Kawan aku, seorang pelajar yang pandai. Belajar bidang sains, dapat anugerah DEKAN lagi. Ya Allah, bijaknya dia. Aku tengok dan baca blog dia, Ya Allah, kenapa aku cemburu dan iri hati! Kerana, aku hanya insan biasa [hehe!] dan aku rasa aku bukan seperti dia. Pandai dalam pelajaran, pandai menjaga imannya, pandai menjaga akhlaknya dan auratnya. Subhanallah. Indahnya ciptaanMU.

Aku tertarik dan terlalu BERMINAT+TERUJA+TERiri hati tentang pencapaian dia. URHH! iri hati pulak.

RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: “Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain”.

(Riwayat Hadith al-Bukhari) Huraian

1. Islam melarang umatnya berperasaan hasad dengki dan iri hati melainkan kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebaikan Sahaja.

2. Islam tidak membenarkan orang yang mengeluarkan hukum tanpa terlebih dahulu merujuk kepada al-Quran dan Hadith, sebaliknya melayani tekanan hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri semata-mata.

3. Islam melarang umatnya berperasaan cemburu buta dan iri hati terhadap sesama manusia melainkan didalam dua perkara:

i) Merasa iri hati terhadap orang yang beramal dengan ilmu yang dipelajarinya serta mengajarkannya pula kepada orang lain.

ii) Orang yang dikurniakan harta dan membelanjakan hartanya itu dijalan yang diredhai oleh Allah.



JADI, maksudnya, aku bukan la iri hati sampai aku nak memudaratkan pencapaian dia. Apa yang aku iri hati sangat tentang dia, BAGAIMANA CARA DIA BELAJAR? BAGAIMANA DIA MENGATUR MASA? BAGAIMANA CARA DIA MENGULANG KAJI, BAGAIMANA CARA DIA MEMBUAT NOTA?. Jika dia boleh, KENAPA aku tak boleh. haa..Ya ALLAH, BANYAKnye SOALAN berbanding JAWAPAN. [hehe!tak kesah la, janji akan terjawab nanti]. 


Andainya aku berada ditempatnya, begitu indah duniaku. huhu. Apa2 pun, aku akan cuba menjadikannya sebgai CONTOH untuk aku, atas pencapaian yang TERBAEK! dia. 


TO HER: TAHNIAH dengan kecemerlangan KAMU! pastikan , kamu sebegitu selamanya di dunia dan akhirat! insyaALLAH. salam dan doa untuk kamu, sebagai IDOLA saya! ^_^

Lesen OH Lesen

salam.

    
Hari tu cakap sikit je kan pasal lesen nih. haha, hari ni aku story full munyaaaaa... hakhakhak. almaklumlah, EXCITED dapat lesen. baru balik ambik lesen nih ha, terus update kat sini. cehh~ beria betul! ^_^ haha. apa2 pun aku happy sangat. Lepas nih, dah boleh SEWA kereta nak pergi jalan2. haha. SEWA je la mampu.. nak BELI sendiri tak cukup duit lagi. hahaha.. tak pa, tak pa,tak pa.. tunggu, orang kata, plan2 kayuh. ^_^

Mulanya, aku terkejut jugak aku lulus, Alhamdulillah rezeki aku masa tu dan dengan izin Allah, aku lulus. haha. ha, masa aku nak pergi ambik aku punya lesen tadi, bawak laju lah jugak, 90/km.[bg aku dah laju dah tu. haha] ada PAK POLISI! aduh... mampooooss aku. semakin hampir aku kat pak polisi tu, aku ingatkan dia tak nak suruh aku berhenti, aku buat tak tahu je la. haha! last2, dia angkat tangan, suruh aku berhenti kat tepi. ADOI! habes la aku. tapi, aku memang suka kena tahan dengan polis. sukaaa sangat! heeee. knapa? sebab, AKU TAK BUAT SALAH laaaa... hahaha.

Tak kan dia nak saman aku, kalau aku tak buat salah....? kan~ bila aku fikir2kan balik. sepanjang aku ada lesen L dan P nih, baru 2x polis tahan aku. sebelum2 ni, tak ada pun. kalau masa aku tak ada lesen, BANYAK pula ROADBLOCK! cettt~ macam2. tapi, tak kesah la, janji lepas ni aku pengguna jalan raya yang HALAL! haha~ aku dah kurang ada persaan nak naek motor. at0oii~ masa dapat L , gila! semangat. haha.


Sekarang aku ADDICTED TO DRIVING A CAR!!! SAPA2 YANG NAK GUNA PEMANDU PERIBADI, SILA CONTACT SAYA. hahahaha... kalau la aku boleh iklankan. MMG GMPAK! haha!! arghhh~ nk kidnap kereta sapa la aku nak drive ni. haha. tapi kan, kalau aku nak bawak kereta nak pergi jalan2 pada hari yang SESAK dgn ORANG, lagi2 WEEKEND! aku tak boleh sorang2. sebab........!TAK RETI PARKING LAGIIII.... haahhahahaha!!!!! peaacceee yeO!

HAA.... APAKAH KEJADAHNYA NIH?... >>>>
nih la kertas yang aku bayar sampai seribu lebih, semata2. ^_^ teng0k berapa banyak L aku asyik renew saje. sta0n aku tunda. haha. mana tak banyak kan. aku tunda sebab nak habiskan belajar. tak ada la aku serabut nanti. haa.. nih la hasilnya. teruk juga keputusannya. HAHA! 16/20. memang ATAS PAGAR! ngeeee~! tak apalah, asalkan lulus. hee..




owkeh lah satakat ni je ... bubyeee..wssalam....!!!

Tuesday, June 28, 2011

18 Hari Lagi

28JUNE2011 12.36 p.m



sekarang life still lagi menganggur. hampir 5bulan aku menganggur. OH! bosannya pengnangguran ni. asyik2 duduk rumah, online, makan minum, solat dan tidur bila dah malam. macam tu la rutin harian aku. ade diploma punsusah nak dapat kerja. s0, aku buat keputusan untuk sambung belajar.

17JULY2011 nanti aku akan pergi ke kampus yang baru dan suasana yang baru. suasana belajar akan bermula. wahh, macam seronok, tapi macam takut pun ada. mana tak nya, aku takut nanti aku sorang jer yang 'blur2' , yang lain bijak2.. aduhh..~ dah la course yang lecturer aku kata SUSAH! ermm, tak apa la, sekarang tak ada apa yang mudah dan senang selain duduk rumah, tunggu orang datang minang. hehe.

bermula dari sekrang, ada lagi 18hari lagi aku bakal masuk belajar dan akan SIBUK dengan ASSIGNMENT dan macam2 lagi. kawan aku kata, memang aku akan rasa perbezaanya life kolej ngn universitas. opss.. universiti. mudah2an, aku selesa dan aku tak janggal nanti.  HOPE THAT!

nanti aku bukan lagi boleh belajar macam nak ambik PMR, SPM, DIPLOMA. sekarang aku kena maju dan lebih bersemangat untuk belajar. tak ada main2 lagi. sebarang masalah, aku kena hadapi secara 'profesionale' huhu!

owkeh, sampai sini je coretan aku. nanti aku akan update bila aku masuk belajar nanti.
wassalamualaikum w.b.t.... ^_^

SELAMAT MAJU JAYA KAWAN2!!!

Monday, June 27, 2011

opss..~ apa yang harus aku ucap? huhu

Alhamdulillah.....

persoalan aku kini dah pun terjawab. haha~ terasa happy pun ada... terasa sedih tuh, normal la k0t. huhu. apa yang aku dapat share kan, lepas ni aku akan lupakan segalanya. dulu asyik tertanya2. kini, dah tiada keraguan. akhirnya, dia dah dapat pengganti. apa2 pun... aku doakan dia bahagia, dan itu bahagian dia dan kebahagiaan dia. "tahniah awk.. :) "

aku happy sebab sekurang2nya target aku, memang tidak menyasar dan TEPAT sekali. Alhamdulillah, aku diberikan petunjuk ,akhirnya aku tahu apa hikmah yang berlaku dan sekarang aku berada dilandasan yang betul. semoga aku tidak terpesong lagi di lain hari. hanya padaMU aku berlindung. :) kini, aku lebih tenang dari sebelum ni. -syukur-

untuk dia, "saya doakan awak berbahagia didunia dan diahkirat.. InsayaALLAH.. saya tak akan pernah anggap awak musuh saya, walau macam mana sekalipun" peace yea~

Sunday, June 26, 2011

21 tAHun..

Assalamualaikum...
fuhh.... lama juga aku tak update blog aku. erm, tiba2 terasa kemalasan untuk menaip. sekarang ape yang terbaru dalam life aku. LESEN. h0ho.... lesen kereta dan motor. haa.. dah setahun lebih juga la aku pegang leen L.. sekarang aku dah ada lesen P untuk kedua2nya. Alhamdulillah. itu pun, macam2 hal. beribu duit aku melayang semata2 nak kan huruf P. errr... tak apa, tak apa. hanya untuk seumur hidup lah katakan. lepas ni tak ada la sibuk2 nak buat lesen la apa la.

macam2 cerita masa aku belajar kereta. haha memang kelakar. yang paling BEST! masa JPJ TEST. fuhh..~ nikmat. aku rasa, sebenarnya aku fail jpj test tu. disebabkan aku berbual mesra dengan ABANG JPJ tu, dia pun bagi markah kesian, yang membuatkan aku LULUS = 16/20. perghh... memang atas pagarlah orang kata. tahap hampiri bahaya. haha. apa2 pun.. syukur, aku dah pun lulus. TRIMA KASIH ABG JPJ.. hehe...

yang paling SERONOK lah, ada ke patut, es0k aku nak jpj test, hari ni ada panggilan dari LHDN suruh pergi interview. haaa..~ aku mula2 dah tolak dah. tapi, kakak aku cakap jangan tolak. aku teima la untuk pergi interview. erk! dah la aku tak pernah2 kena interview. kesahnya, inilah kali pertama aku pergi. ADUH!! aku dah la serabut nak ingat jalan2 A ke jalan B ke, naik bukit la, 3 penjuru la. PLUS pula dengan profil tentang LHDN. memang serabut kepala masa tu. sebab tu, aku boleh kata, aku GAGAL. tapi, alhamdulillah... aku BERJAYA (walaupun tak membanggakan) haha~ syukur2... ​(¯―¯٥)

s0, matlamat aku umur 21tahun aku ada segalaaaaa lesen. erk! maksudnya? haa... aku nak ada lesen motor dan kereta masa umur aku 21tahun. YES! berjaya dah. aku mesti tamatkan diploma aku, umur 21tahun. YES! alhamdulillah pun da berjaya. aku ada SIJIL KURSUS KAWEN, alhamdulillah.. itulah kenangan yang tak akan mungkin dilupakan sampailah bila2 pun. apa pun, kesah yang dah berlalu, biarkan pergi secara aman. dan aku,  "hampir pulih" sepenuhnya.