LiFe.LaUGh.LoVe

 



Gratisan Musik

Friday, May 3, 2013

:: 24 minggu ::

Assalamualaikum...

Ya Allah.. Alhamdulillah.. Minggu ni genap 24 minggu.. Bersamaan, 6 bulan kandungan umi. Syukran ya Allah.

Anak umi dalam perut ni semakin lama,semakin aktif.. Sampai umi nak tidur pun, di tendang2 sampai terasa nak terkucil. Huhu. Pengalaman yang indah,walaupun,sukar... Bukan sukar apa.. Kerap nak ulang alik ke bilik air.. Haishh.. Tak apa lah.. Demi mu sayang.. ;)

Next appoitment 16 mei 2013.. Ya Allah.. Apa la yang nurse akan buat kali ni. Cukup2 lah injection.. Haha. Tapi, kalau untuk kesihatan baby, ku sanggup kan aje. ;D

Makin hari, makin dekat nak bulan 8.. Tak fikir nak raya dah. Fikir nk tengok baby je. Huhu.. Mudah2an, Allah kurnia kan kami zuriat yang sihat.. Amin..

:: checkup 21 minggu.::

Assalamualaikum..
18.april.2013..

Seperti biasa ibu2 mengandung yang lain.. Bangun pagi,kalau appointment ambik pagi.. Dah bangun,gosok gigi,sabun2 dan sebagainya..

Hari yang malas untuk pergi checkup. Manalah aku tak malas, pergi pukul 7. Ambik nombor 7.30am. Tunggu kalai sekejap tak apa lah jugak. Ni berejam lamanya nak tunggu. Dah la pergi klinik kesihatan ibu dan anak seksyen 19 ni sorang2. Suami kerja. Bapa mertua aku tak bagi dia cuti,semata2 nak teman pergi klinik. Haishh.. Sabar je lah..

Haa.. Sambung balik topik tadi.. Dah sampai klinik ambik nombor dan sebagainya.. Tibalah giliran aku untuk timbang, tekanan darah, HB, dan ukur janin. Erm, berat aku ok. Berbanding bulan lepas sampai 3kg naik. Mana nurse tak bising. Dari 56kg ke 59 kg. Fuhh.. Tok tek,tok tek. Nurse. Nurse pesan sebulan kena naik 0.5kg je. Aku,ok kan je. Haha.

Nasib baik berat aku kali ni, 59.9kg. Tak ada lah nurse bising. Haha..nurse cakap bagus lagi. Dah berat,tunggu lagi untuk ke kaunter tekanan darah. Ok,nombor aku dah di panggil. Tekanan darah pun ok..alhamdulillah.. 166/63bp. Erm, stesen seterusnya.. Tunggu lagi,untuk.pemeriksaan tggi janin.

Tiba giliran aku , suruh masuk bilik dan baring. Janin dah 21cm. Uihh.. 21cm eh.. Bulan lepas 16cm. Huhu. Cepat anak umi membesar. Then, dgr jantung baby. Tersenyum umi.. ;) erm.. Perkara biasa jugak..nurse berpesan, banyakkan minum air masak,makann yang berzat. Ye.. Aku dah amalkan. Nurse pun tahu.. Sebabnya HB aq 11.00. Haa.. Turun sikit dari bulan lepas, 11.5.. Mungkin stress sikit.

Selesai dengan nurse, aku tanya,boleh balik.ke? Dengan senyuman yang manis dilemparkan, eh, tak.boleh balik lagi puan. Kejap lagi kena cucuk ubat kancing gigi. Hmm... Cucuk pulak. Aku tak kesah pun. Aku tunggu je la.. Sampai nama aku d panggil.

Masuk dalam bilik tu,standby dah lengan untuk di cucuk. Nurse cakap, "tahan sikit, ubat ni buat awak lemah sekejap. Nak cucuk tangan mana?" aku jawablah, "tak.kesah". Nurse, " tangan mana selalu buat kerja?". Aku jawabla "kanan" ok,kita cucuk blah kiri. Erm..ok..
Dah masuk ubat.. Fuhhh... Akit wooooo!!

Then,selesai........boleh balik. Fuhh..alhamdulillah..

Tapi... Petang tu, aku rasa macam nak demam. Sakit tekak,hidung berair. Adoi.. Memang tepat jngkaan aku! Demam sudah hari ni. Huk,huk,huk..kuat betul penangan ubat tuh. Haishh.. Aku demam, baby pun kurang aktif. Aku risau. Aku dah la susah nak demam. Sekali demam, susah nak baik. Alahaii... Mudah2an cepat baiklah. Tak larat rasa.

Sempena aku demam, mak mertua masakkan sup ikan merah. Wuuu..sedap! Trima kasih mak!!! ;) ok, thats all.. Daa... Salam..

Monday, March 25, 2013

::Mengidam::

Assalamualaikum cik kak,cik kak.. Hehe..

Hari ni 23march.

Haa.. Betul ke setiap.orang mengandung tu mengidam? Dan.. Yang pelik tak pun yang susah nak dapat? Haha.. Bila aku yang alami sendiri.. Yep! Memang pon! Hoho..

Apa yang aku mngidam2kan sangat tu? Erm... Ye lah, benda susah nak dapat. Tapi,tidaklah pelik kan. Erm.. Apa yer? Dalam banyak2 buah.. Buah BERANGAN yang aku nak?

Adoii.. Kat tengah2 bandar shah alam mana nak dapat? Haha.. Yee.. Mana nak dapat? Haa.. Mencari la aku dengan en.suami satu shah alam. Aku pergi cari kat seksyen 18 sebab sepupu aku kata, ada jual kat situ. Dengan perasaan banjir dan beria2nya, tunggu suami pulang dari kerja.

Apa lagi, setibanya suami kat rumah pukul.8malam, cepat2 ke sana.. Tapi,tu lah buah tu kan susah nak dapat.. Apa lagi, dengan hampanya persaan,sebab tak ada orang jual pun. Hmm...

Ok, usaha tangga kejayaan.. Pergi la cari kat pasar malam seri muda,seksyen 25. Kenapa cari kat situ?? Sebab kat situ ramai cina. Kot2 ada. Buah berangankan orang cina yang suka makan. Tu pasal cari kat sana.

Ok, dah pusing2 kat pasar malam tu, hm.. Gagal lagi mengesan buah berangan. Tak apalah, aku bercakap dengan baby dalam perut aku "sayang, tak ada rezeki la.. Tak pa lah, nanti adalah tu,k sayang..." huhu..

Dah penat mencari, terus balik. Tibanya di rumah, mak buka pintu dan sesi soal siasat bermula. Haha.

Mak: ko dari mana?
Aq: dari pasar malam seri muda mak.
Mk: ko cari apa?
Aq: (terdiam,dan senyum tak kata apa2)
Mk: ko cari buah eh? Buah jambu? ( mak terfikir buah jambu sebab aku suka sangat buah jambu batu. Suka sangat!)
Aq: tak ada lah mak.. Cari buah... (menjeling ke arah suami) b, buah apa b? Hehe. (malu nak cakap)
Suami: buah berangan mak.
Mk: hahahahahaha (mengekek mak gelakkan aku) mana lah ada buah berangan kat sini. Hahahaha..
Aq: he.he. Mana tahu mak,kot2 ada.. He.he.
Mk: ko ni, buah bukan2 yang ko nak. Hahaha.
Aq: (sigh) :l he.he. ( malunyaaaa dengan mak..sebab aku tahu, buah tu memang susah nak cari..haha)
Mk: nak cari buah berangan ,dekat jalan arah pucak alam tu ada.

Sesi perbualan pun tamat. Fuhh.. Esoknya aku nak pergi rawang. Dan, dengan persaan prihatin, suami ikot jalan puncak alam. Masuk je jalan puncak alam, ada tulis BUAH BERANGAN! Ya Allah.. Syukur!!! Rezeki2.. Huhu..

Belilah RM 10,.250g.. Mahalkan? Jadilah.. Haha.. Mana tak happy.. Happy punya pasal, aku makan sorang. Haha.

Apa pun, terima kasih tak twrhingga kepada suami dan mak. Love both of you. Hehe.. Sekarang, puas aku dapat makan buah berangan tu. ^____^¡ okey! Setakat ni je yep. Nanti story lagi. Daa... Salam..

"Ummi sayang anak ummi"

Friday, March 22, 2013

Monthly checkup

Assalamualaikum..
Hm..
21/march, Semalam aku pergi checkup ,ala macam ibu2 mengandung yang lain, setiap bulan pergi checkup. Ikutkan hati malas sangat nak pergi klinik tiap2 bulan. Mana tak nya, lama sungguh nak tunggu giliran. Hadoii.. Tapi, demi kesihatan diri dan jantung hati dalam perut ni, aku gagahkan jugak.

Aku lagi malas nak pergi kalau suami tak dapat teman. Tapi, semalam kebetulan dia cuti nak pergi interview, so dia dapat la teman aku. Walaupun dia terpaksa teman. Haha.

Sebelun ni 21/feb minggu ke 14,aku dah pergi appointment..di sebabkan minum air gula yang manis! Tu! Aku muntah. Kalau muntah, kena buat appointment lain. Hadoiis.. Haa.. Semalam minggu yang ke 18, baru pergi minum air gula balik,alhamdulillah tak muntah. Sebab, alahan dah mula hilang.

Ha? Air gula tu untuk apa? Manis ke? Erm..air gula tu, air gula la..haha. tapi,bukan gula pasir tu.. Gula glukosa.. Tapi..manisssnyaaa..ya Allah.. Bayangkan, 200 ml air, letak 8sudu glukosa tu.. Haa.. Manisnya melekat! Haha.. Air gula tu biasanya ibu2 mengandung yang dalam keluarganya ada kencing manis.. Haa.. Tu makannya.

Arwah abah aku ada kencing manis.. So, kena la minum air gula tu,nak sah kan ada kencing manis ke tak.. Ha.. Tu lah dia.. Mudah2an tak ada apa2.. Now, waiting for next month checkup 18 april.. Semoga baby sihat..amin...;))

Okey,stakat itu sahaja from ummi aesya.. Daa.. Salam..

Wednesday, March 20, 2013

::selepas 5 bulan berkahwin::

Assalamualaikum..
Alhamdulillah,dapat teruskan menulis di blog. Mana tak nya, aku mati kutu tak ada notebook. Macam mana nak update blog.

Sambil relax2..aku nak jugak cari idea,macam mana aku nak update blog. Tanya en. Google.. Haa... Gotcha!

Alkisahnya.... Aku baru tahu,kat google play tu ada app blogger. Cehh.. Tahu hari tu,awal2 lagi aku download. Haha. Yahooo...

Hm..berbalik pada tajuk.. Sekarang dah 5 bulan aku berkahwin. So,macam mana life aku? Erm.. Setakat ni ok la..

Sekarang tinggal rumah mak mertua (MM). Erm,perkara biasa yang dialami oleh wanita yang sama keadaan dengan aku. Ye la, rumah MM.. So, semua perkara jadi terbatas. Tak pa lah, ikut cakap suami. Huhu.

Duduk rumah MM? Mana nenek? Ahmad? Hm.. Nenek dah duduk di kampung bersama anaknya.. Ahmad pula, dah pergi sekolah pondok. Rindunya pada mereka.

Aku duduk shah alam ni sambil2 cari kerja. Hm.. Suami galakkan berkerja.

And! Good news, i'm pregnant! I am mommy to be.. Huhu..alhamdulillah.. 18 weeks now. Aku gembira sangat. Plus, aku dah dapat rasakan baby tu bergerak2 dalam perut. Oh,anak ummi.. Ummi sayang kamu. Kamu lah permata jantung hati ummi. Hihi..

Sesiapa yang baru pertama kali alami pun, pasti seronok seperti aku rasakan kini.  Sepanjang 18 minggu ni, aku tak adalah alami morning sickness terok sgt.. Muntah2 pn, time waktu magrib. Tu pun, sminggu je. Lepas tu,ok dah. Dan, aku kurang selera makan selama 3bulan aku pregnant. Tak nak benda yang berlemak2, nasi, goreng2.. Apa yang aku nak, western! Wah.. Meriah! Tapi, aku tak layan sangat. Ye la, makanan western bukan murah!! Mahal tok!! Haha.. So, tahan je la. Mengucap banyak2..

Harapnya ank umi ni nanti, jadi anak yang baik,soleh solehah,cemerlang dunia dan akhirat.. Dan,moga anak umi bukan seorang anak yang nakal,degil dan pemalas. Umi selalu doakan untuk anak umi. InsyaAllah.

Setakat ni sahaja coretan aku kali ni. Nanti aku update lagi, sebagai seorang isteri dan ibu. Daa.. Salam...