LiFe.LaUGh.LoVe

 



Gratisan Musik

Wednesday, August 18, 2010

sahabat

assalamualaikum pmbuka bicara,
itu mmg permulaan crita,
tp ini kesah bkn rkaan smata2,
tentang sahabat yang ku xprnh ku lupa... 

aiceyywahhh... bpntun2... tp, xjd... cm sajak dh... sbb tona nyee... AAAA... hahhaa.... spt0tnyee...ABAB kn3... almaklumlah....mse skolah dlu, aq xambk sastra BM..sastra iktisas (ekonomi asas) jeww...2 pn hampeh rsultnyee... pew pn,aq bsyukurr pe yg aq dpt..sbb e2 shj yg aq mmpu usaha kn..eh2,2 dlu laa.. ermm... ape yg aq dapat skg, bknnye hasil usaha dr aq s0wg.. lau kwn2 xturut mmbntu aq.. kwn yg cbe mmbimbing aq, utk ke mse hdpn yg lbey cerah..dan berjaya... kwn dn shbt, amt jauh bzenyee... kwn nih bg pndgn aq sndri lah kn.. kwn kte ley dpt kt mne2 skali pn, sme de.. kt kolej ke..U ke... tmpt kje ke... sng je nk cri kwn..kn3... aq ingt ag, mse zmn skola dlu.. rmai kwn beb... haha.. ps2 dh gd0h xnk kwn tw0s... ish3... budaya xsht t0l aq nih... hahha... 

cm ne lak ngn sahabat...
haa... meh cni.. nk cter.. d0k diam2 kt pc or lppy 2 yew.. mne2 yg nak mnum air tuh... g mnum dlu.... MiL0 ais 1,maplayy...~ hahahhaa...!! acah jeq! hehe... berbalik pd td..... errm... sahabat akn sentiase d sisi kte..ble kte susah dan senang. sme ade kte suke ataupun duke. kalau boleh..sume org ingnkan sbuah psahabatn 2 akn kekal slame2nye. aq pn.. haa... shbt yg dpt mmbimbing kte,dunia dn akhirat.. wlupn kdg kala, kte trase dgn krenah dan tingkah laku die, tp kite ttp bsabar. knpe kte sbr ble jd cm 2, sbb kte syg kn nilai dan pertalian persahabatan yg kte ade..

"Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri…..
Tetapi…Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana….
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat,begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi
bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup
semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan
tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….?
"
(di petik dr scribd.com)
mencari sahabat bukanlah mudah yang di sangka.. 




"Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut
agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain
tanpa mengharapkan balasan." (Dale Carnagie)

"Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah sahabat yang baik.
Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik."
(Hukamak)


hargailah sahabat sjati yg msih brada di sisi.... jgn nnt kte bru trase, ble sahabat kita di pnggil Illahi..mse 2, kte hnye mmpu berdoa untuknya agr die bahagia Disana...







***********************************************************************************
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya:  “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.


Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
  • Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
  • Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
  • Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
  • Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
  • Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.
sekian sahaja dari aq...... WASSALAM...
     













    1 comment:

    1. sahabat sejati adalah sahabat yang paling susah dicari... apabila kita memilikinya janganlah kita mensiasiakan kehadirannya kerana kehadirannya amat bermakna... kehilangan seorang sahabat sejati merupakan 1 kehilangan yang amat besar sehingga kita tidak akan dapat lupakan kehilangan tersebut sehingga mati... Adakah kita merasakan kehilangan itu dengan keadaan menyesal ataupun dalam keadaan bersyukur???

      Sekian
      Budak Sengal

      ReplyDelete