LiFe.LaUGh.LoVe

 



Gratisan Musik

Friday, August 27, 2010

"kesah awak dan kita"

"awak, kenapa dengan awak.... awak  tak tegur kite...
kalau awak tegur pun, sekejap je. lepas tu awak kate awk ada kerja.
tak pe lah saya faham keadaan sekarang. tapi, hari-hari awak ada kerja nak buat,bila awak dengan saya.
padahal, kita jarang-jarang je jumpa, bersemuka dan bertanya khabar,walaupun kita masing-masing ada handphone. kenapa dengan awak. walaupun kita sakit hati, kita tahan je. kita tak nak awak marah2kan kita lagi.
saya tak nak kerja awak terganggu sebab kita. nanti kerja awak tak siap, kita yang serbe salah.
kita tahu kita banyak buat salah kat awak, tapi sekali sekala awak layanlah kita. awak mesti tak tahu yang saya sunyi sangat awak. bila kita cakap macam tu kat awak, kita kena marah dengan awak.
awak kate, kita ni selalu je nak awak ikut cakap kita. awak, bukan macam tu maksud kita.
awak kenalah tahu masa bila kita akan luangkan masa bersama, bila kita berjauhan.
bila kita cakap macam tu kat awak, awak akan cakap, awak akan stopkan kerja2 awak kat sana, dan pindah kat sebelah rumah kita, dan sentiasa bersama kita. awak, bukan itu maksud kita. awak tolonglah faham.
awak selalu cakap, awak faham kita..dan kita selalu nak awak faham kita. kalau awak faham kita,
kenapa awak tahu mase bila kita nak awak teman kita. awak, tak lama pun awak. saya minta sekejap je.
bila kita bersembang, awak kata awak nak kerja awak. kita kecik hati masa tu, kita cakap kita tak nak ganggu awak. kita tak nak sebukkan awak dengan kerja awak lagi, sambil layan kite lagi. sebenarnya kita merajuk dengan awak. awak mesti tak tahu kan. apasalahnya awak buat kerja awak pada masa lain dan kita ada masa untuk kita berdua bersembang. awak mesti tak tahukan keadaan kita macam mana. tak pa lah, kita yang bagi awak green light untuk buat kerja awak. tapi, kita tengok awak dengan kawan awak, elok je bersembang, sampai kita rasa awak lebihkan kawan awak, awak tak endakan kita. kita tengok awak aktif je bersembang dengan kawan awak, tapi kenapa awak tak boleh layan kita macam tu.
awak, kita dah lama sangat tunggu awak. tunggu awak berubah. awak cakap saya yang kena berubah. awak, saya dah berubah. saya dah tak selalu hubungi awak. awak tak rasa ke semua tu. kita tak tahu nak cakap macam mana kat awak, tapi kita harap sangat awak berubah. kita tak cari salah awak, dan awak tak perlu rasa bersalah kalau awak tak buat. tak apa lah awak, kita tahan dan sabar je. kita tahu, kita cintakan awak. kita tak pandang harta benda awak, kita tak ukur kekacakkan awak, kita tak nak tahu pun pasal harta awak. itu bukan harapan kita. harapan kita kat awak, awak berubah dan kita nak awak tahu betapa sayangnya kita kat awak. betapa banyaknye kita sanggup berkorban untuk awak. kalau kita tak sayangkan awak, kalau hati kita tak da nama awak, kita dah bukak hati kita untuk orang lain. tapi kita tak boleh buat semua tu sebab cinta kita kat awak je. awak, kita nak awak tahu sebelum kita masih dengan awak. kalau awak lambat untuk membaca apa yang kita rasakan, masa tu tak ada guna lagi untuk awak menyesal. kita takut kita tak lama kat dunia ni lagi. kita takut perkenalan kita hanya didunia ni. kita takut apa yang kita rancangkan tak jadi. kita tak nak macam tu. apa yang kita nak dari awak sekarang tolonglah bersikap jujur kat kita. maafkanlah kita ,kita meragui kejujuran awak. kita tak bermaksud pun. cuma, kita tak rasa yang awak jujur semuanya kat kita, sebab awak jauh dari pandangan kita. kita cerita ni untuk semua orang tahu yang kita cintakan awak. saya berharap awaklah cinta kita samada di dunia dan akhirat. kita berdoa sama2 ye awak. maafkan kita sebab kita berkongsi tentang kita dan awak.-girl8956"

uh huii... panjang sungguh cerita kat atas nih... cter nih di petik oleh blog laen.... aq rase cm sronok.. aq ambk lah... erkk.. bknnye aq nak ciplak cpe2nye karya...maaflah ek... heeee:D

1 comment:

  1. Assalamualaikum..

    Melalui kisah di atas, saya boleh nilaikannya melalui logik akal.. ini adalah melalui pengalaman yang saya sendiri nampak kerana saya memang suka membuat kawan dan apa yang saya terangkan adalah kepada dua belah pihak lelaki dan perempuan.. soalan pertama, mengapakah dia memilih kita pada permulannya dan tiba-tiba berubah?? selalunya perkara ini terjadi kerana ada pihak ketiga... siapakah pihak ketiga itu adakah kekasih baru, musuh yang cuba mengapi-apikan kita ataupun kerana diri kita sendiri? selalunya seorang kekasih akan menasihati kita dengan betul jika kita ada membuat satu kesilapan, jika dia marah pula mungkin emosi dia dan kita janganlah membalas kemarahan dia dengan sesuatu yang lain dan kita hendaklah menerima kemarahan tersebut dengan redha dan cuba untuk berubah... jika ada seseorang yang cuba mengapi-apikan kita mesti ada cerita pelik yang berkaitan dengan diri kita diketahui olehnya padahal kita bukan macam itu... jadi kita perlulah bertanya dengannya dengan elok dan lemah lembut... dengan senyuman sahaja dapat menyejukkan hatinya... kemudian kita siasat dari manakah khabar itu datang dan berikannya penjelasan yang sebenar dengan penuh kesabaran... selalunya jika dia sudah menemui kekasih baru, cuba kita siasat terlebih dahulu adakah ia benar kemudian cuba bertanya pada diri kita apakah kekurangan diri kita, bila kita dapat tahu apakah kekurangan kita, cuba berubah, tapi jika dia juga buat endah tak endah dengan diri kita, janganlah kita menunggunya lagi kerana ia akan menyakiti diri kita lagi... kerana kebahagiaan pasti akan datang walaupun dari insan yang lain... janganlah kita terlalu fikirkan perkara yang lampau kerana ia pasti tidak akan kembali pada diri kita dan elakkan perkara lama yang tragis itu berlaku lagi... setiap perkara yang berlaku akan mematangkan lagi diri kita.. pandanglah ke hadapan dan janganlah menoleh ke belakang lagi... pasti akan ada yang terbaik di hadapan mata kita dan janganlah lepaskan yang terbaik itu kerana kebahagiaan hanya datang sekali dan ia susah untuk dicari ganti...

    Sekian

    Budak Sengal

    ReplyDelete