LiFe.LaUGh.LoVe

 



Gratisan Musik

Sunday, October 18, 2015

kameel warded

assalamualaikum w.b.t..

minggu lepas si abang yang demam dan kena masuk wad. kuman dalam paru-paru. ye lah, abang dah selalu masuk wad sebab batuk yang berpanjangan. dokter kata kuman dalam paru-paru. erm, mungkin tak serius. tapi,bila aku fikir fikirkan, bunyi macam serius dan bahaya. ibu mana tak fikir bukan bukan kalau anak sakit. hm... ntah la. sakit tu boleh sembuh ke? hm.. suami kawan tempat kerja aku meninggal sebab kuman dalam paru2. anak linda rafar pun meninggal sebab kuman  dalam paru paru. ya Allah.. semoga ehsan anakku tidak mengalami sakit serius.

itu cerita abang. kali ni adik pula yang warded dari 15/10/15 sekarang 17/10/15  masih belum boleh discaj. kameel warded sebab demam seminggu tak kebah. dah demam,batuk,selsema..memang meragam malam la jawabnya. so, decide bawa pergi klinik kesihatan (kk) untuk kali ke 3. dokter cek ,bagi surat refer ke hospital. dengan tidak melengahkan masa, dah la lapar tak breakfast pagi,sebab aku jenis cepat panik ,yela, dah panasss sangat suhunye..38.6..jadi dah tak hiraukan diri sendiri.anak atau keluarga lebih penting. dah dapat surat refer aku terus balik ambk pampes takut kameel si adk berak2 dan bergegas ke hospital berdua dengan kameel sambil napkin basah atas kepala.

panas tengah hari yang membuatkan aku lebih cepat lapar sebab breastfeeding. ayooo..lapar tahap gaban. aku mesej la suami suruh datang waktu lunch ,jaga adik sekejap bagi ruang untuk aku makan. hm.. dia bz di tempat kerja katanya tak boleh databg. ok ,tak apa lah. tapi,yang mendatangkan gunung berapi volcano meletup bila mesejnya "kenapa tak makan dulu sebelum pergi" hohoii.. pansd pulak hati aku ni. memang betul la apa dia cakap, tapi........ agak2 dengan suhu 40.1 ibu mana yang boleh makan2 dulu dengan tenang eh. . kalau kau ibu boleh begitu tanpa fikir takut anak sawan, kau mmg hebat. aku tak!

so, doc kata kameel kena tahan wad ye. sebab kurang air dan panas terlalu tinggi. 2malam juga di hospital suhu masih tinggi dan cirit birit. dah admit, apa lagi.. sesi doc interview aku lah .. macam2 ditanya. kebetulan .....atuknya baru balik dari mekkah.. batuk demam selsema. ha! isu virus merscovV. memang docter suspect la. kena tukar wad kuarentin.

adoiiii.. kebosanan sungguh. mana tidaknya berdua je dalam wad ni. tak ada sesiapa boleh masuk melawat kecuali ibu bapa sahaja. nah. . mampus aku tak boring, tak sedih.  tak ada sesiapa pun datang melawat. huwaaaaaaaa.. termasuk bapaknye. sabar je la adik. . bapak awak tu sibuk dengan politik.. bhinpun kat kelantan tu. aishh... biarkanlah.. awak kan demam biasa je. tak perlu risaukan pun. . patutlah melahirkan dan menyusukan Allah pilih wanita yang menjadi ibu. . so,redha je la tak ada sesiapa datang tengok.

sekarang tengah tunggu doc datang cek dan nak tahu status kameel macam mana. boleh discaj ke tidak. hm.. ujian... rasa down, rasa tak semangat, rasa kecewa.

beruntunglah,bersyukurlah sesiapa mempunyai kebahagiaan dalam hidupnya.. mempunyai orang mampu susah senang bersama. ingat, bersyukurlah.  :))

"menangis dalam senyuman itu tanda aku ingin ketenangan"






No comments:

Post a Comment