LiFe.LaUGh.LoVe

 



Gratisan Musik

Friday, March 22, 2013

Monthly checkup

Assalamualaikum..
Hm..
21/march, Semalam aku pergi checkup ,ala macam ibu2 mengandung yang lain, setiap bulan pergi checkup. Ikutkan hati malas sangat nak pergi klinik tiap2 bulan. Mana tak nya, lama sungguh nak tunggu giliran. Hadoii.. Tapi, demi kesihatan diri dan jantung hati dalam perut ni, aku gagahkan jugak.

Aku lagi malas nak pergi kalau suami tak dapat teman. Tapi, semalam kebetulan dia cuti nak pergi interview, so dia dapat la teman aku. Walaupun dia terpaksa teman. Haha.

Sebelun ni 21/feb minggu ke 14,aku dah pergi appointment..di sebabkan minum air gula yang manis! Tu! Aku muntah. Kalau muntah, kena buat appointment lain. Hadoiis.. Haa.. Semalam minggu yang ke 18, baru pergi minum air gula balik,alhamdulillah tak muntah. Sebab, alahan dah mula hilang.

Ha? Air gula tu untuk apa? Manis ke? Erm..air gula tu, air gula la..haha. tapi,bukan gula pasir tu.. Gula glukosa.. Tapi..manisssnyaaa..ya Allah.. Bayangkan, 200 ml air, letak 8sudu glukosa tu.. Haa.. Manisnya melekat! Haha.. Air gula tu biasanya ibu2 mengandung yang dalam keluarganya ada kencing manis.. Haa.. Tu makannya.

Arwah abah aku ada kencing manis.. So, kena la minum air gula tu,nak sah kan ada kencing manis ke tak.. Ha.. Tu lah dia.. Mudah2an tak ada apa2.. Now, waiting for next month checkup 18 april.. Semoga baby sihat..amin...;))

Okey,stakat itu sahaja from ummi aesya.. Daa.. Salam..

No comments:

Post a Comment